Gunakan Perlindungan Privasi Mail pada Mac
App Mail boleh membantu melindungi privasi anda. Mesej e-mel yang anda terima mungkin termasuk kandungan jauh yang membenarkan pengirim mengumpulkan maklumat apabila anda melihat mesej, seperti masa dan bilangan kali anda melihatnya, sama ada anda memajukannya, alamat IP anda serta data lain. Perlindungan Privasi Mail menghalang pengirim daripada mengetahui tentang maklumat anda.
Jika anda tidak mengaktifkan Lindungi Aktiviti Mail pada kali pertama anda membuka Mail (macOS 13 atau lebih baharu), anda boleh berbuat demikian dalam seting Mail.
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Pilih Mail > Seting, kemudian klik Privasi.
Pilih Lindungi Aktiviti Mail.
Apabila pilihan ini dipilih, alamat IP anda disembunyikan daripada pengirim dan kandungan jauh dimuat turun secara peribadi dalam latar belakang apabila anda menerima mesej (berbanding apabila anda melihatnya).
Jika anda menyahpilih pilihan, anda boleh memilih untuk menyembunyikan alamat IP anda secara berasingan dan menyekat semua kandungan jauh. Apabila Sekat Semua Kandungan Jauh dipilih, sepanduk ditunjukkan dalam mesej apabila anda melihatnya, menunjukkan ia mengandungi kandungan jauh; anda boleh memilih untuk memuat turun kandungan.
Nota: Jika anda menyahaktifkan pilihan dalam seting Rangkaian untuk mengehadkan penjejakan alamat IP bagi rangkaian Wi-Fi atau Ethernet anda, alamat IP anda tidak disembunyikan daripada pengirim semasa menggunakan rangkaian.