
Tambah dan urus akaun e-mel dalam Mail pada Mac
Gunakan app Mail pada Mac anda untuk menghantar, menerima dan mengurus e-mel untuk semua akaun e-mel anda dalam satu lokasi pada Mac anda. Hanya tambah akaun sedia ada anda—seperti iCloud, Gmail (Google), Exchange, sekolah, kerja, atau lain-lain—dalam Mail.
Petua: Jika anda telah menggunakan akaun pada Mac anda dengan app lain, seperti Kenalan atau Mesej, anda juga boleh menggunakan akaun tersebut dengan Mail. Dalam Mail, pilih Mail > Akaun untuk membuka seting Akaun Internet, kemudian klik akaun yang anda mahu gunakan dan pastikan Mail dipilih.

Tambah akaun e-mel ke Mail
Pergi ke app Mail
pada Mac anda.Pilih Mail > Tambah Akaun.
Masukkan alamat e-mel.
Sebagai alternatif, anda boleh mengklik “pilih daripada senarai”, kemudian pilih domain akaun.
Klik Teruskan, kemudian ikut arahan untuk memasukkan maklumat akaun.
Keluarkan akaun e‑mel
Apabila anda mengeluarkan akaun e-mel, mesej akaun dikeluarkan daripada Mac anda. Salinan mesej kekal pada pelayan mel akaun dan masih tersedia (dari mel web, sebagai contoh).
Penting: Jika anda tidak pasti sama ada mesej yang anda ingin simpan masih berada pada pelayan mel, alih atau salin mesej ke dalam peti mel yang disimpan pada Mac anda (peti mel muncul dalam bahagian Pada Mac Saya dalam bar sisi Mail) sebelum anda mengeluarkan akaun dalam Mail.
Pergi ke app Mail
pada Mac anda. Pilih Mail > Seting, kemudian klik Akaun.
Pilih akaun, kemudian klik
.Nota: Jika akaun digunakan oleh app lain pada Mac, anda diminta untuk mengeluarkan akaun dalam seting Akaun Internet. Pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Akaun Internet dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Pilih akaun, kemudian nyahaktifkan Mail.
Nyahaktifkan akaun e-mel buat sementara waktu
Pergi ke app Mail
pada Mac anda.Pilih Mail > Seting, kemudian klik Akaun.
Pilih akaun yang anda mahu berhenti gunakan, kemudian nyahpilih kotak semak “Dayakan akaun ini”.
Apabila anda bersedia untuk mula menggunakan akaun lagi, pilih kotak semak “Dayakan akaun ini”.
Gunakan domain e-mel tersuai
Apabila anda melanggan iCloud+, anda boleh menambah sehingga lima domain e-mel tersuai ke akaun Mail iCloud anda. Kemudian, anda boleh menghantar dan menerima mel dalam app Mail
pada Mac, iPhone, iPad dan iPod touch; dalam akaun Mail anda di iCloud.com; dan dalam app e-mel pada komputer Windows.
Anda perlu mempunyai alamat Mail iCloud utama sebelum anda boleh menambah domain e-mel tersuai pada Mac anda. Lihat Cipta alamat e-mel utama untuk Mail iCloud dalam Panduan Pengguna iCloud.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.Klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi. Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk” untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda atau untuk mencipta Akaun Apple.
Klik iCloud, pergi ke Disimpan ke iCloud, kemudian klik Mail.
Aktifkan Selaraskan Mac ini (jika ia belum diaktifkan).
Klik Pilihan bersebelahan Domain E-mel Tersuai, kemudian klik Teruskan untuk mendaftar masuk ke iCloud.com.
Ikuti arahan atas skrin untuk menambah, membeli atau mengurus domain anda.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk dengan Akaun Apple yang sama pada setiap peranti. Jika anda mempunyai peranti yang anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple anda atau yang menyahaktifkan ciri Mail, domain e-mel tersuai dan mel anda tidak tersedia pada peranti tersebut.
Petua: Jika anda melanggan iCloud+, anda boleh menghantar dan menerima mesej daripada akaun iCloud anda tanpa perlu berkongsi alamat e-mel sebenar anda. Lihat Hantar e‑mel menggunakan alamat e‑mel yang unik dan rawak.