iCloud+

iCloud+ memberikan anda segalanya yang iCloud tawarkan dan ciri premium seperti Jemputan Apple, Geganti Peribadi iCloud, Sembunyikan E-mel Saya, sokongan Video Selamat HomeKit, sokongan untuk domain e-mel tersuai serta semua storan yang anda perlukan untuk data anda.

Anda boleh melanggan iCloud+ atau Apple One, yang menyertakan iCloud+ dan perkhidmatan lain. Lihat artikel Sokongan Apple Gabungkan langganan Apple dengan Apple One.

Nota: Sesetengah ciri iCloud+ mempunyai keperluan sistem minimum. Ketersediaan iCloud+ dan cirinya berbeza mengikut negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.