
Edit teks dan tandatangan e‑mel dalam Mail pada Mac
Anda boleh mengedit fon dan gaya teks anda, menyertakan simbol khas, mencipta tandatangan e‑mel dan menggunakan Apple Intelligence* untuk memformatkan e‑mel anda.
Tukar fon dan gaya
Pergi ke app Mail
pada Mac anda.Dalam tetingkap mesej baharu, klik
dalam bar alat.
Klik butang untuk pilihan yang anda mahu gunakan.
Lebih pilihan pemformatan tersedia dalam menu Format dalam bar menu.
Sertakan emoji, aksara dan simbol
Pergi ke app Mail
pada Mac anda.Dalam tetingkap mesej baharu, lakukan mana-mana yang berikut:
Klik
dalam bar alat atau pilih Edit > Emoji & Simbol. Anda boleh menggunakan Pemapar Aksara untuk menambah emotikon atau simbol, dan taipkan aksara dalam bahasa berlainan, seperti Arab atau Jepun. Lihat Gunakan emoji dan simbol.
Jika Apple Intelligence* diaktifkan, anda boleh mencipta emoji tersuai, yang dipanggil Genmoji. Lihat Cipta emoji anda sendiri dengan Genmoji.
Taipkan tanda aksen atau tanda diakritik. Lihat Masukkan aksara dengan tanda aksen.
Cipta tandatangan e-mel
Anda boleh mencipta teks disediakan, dipanggil tandatangan, untuk disertakan apabila anda menghantar mesej e-mel. Contohnya, anda boleh mencipta satu tandatangan untuk e-mel kerja anda dan satu lagi tandatangan untuk e-mel peribadi.

Pergi ke app Mail
pada Mac anda.Pilih Mail > Seting, kemudian klik Tandatangan.
Dalam lajur kiri (senarai akaun), pilih akaun e-mel yang anda mahu gunakan tandatangan.
Jika Semua Tandatangan dipilih semasa anda mencipta tandatangan, anda perlu menyeret tandatangan baharu ke akaun e-mel yang diingini sebelum anda boleh menggunakannya.
Klik
di bawah lajur tengah (senarai tandatangan), kemudian taipkan nama untuk tandatangan.Nama ini kelihatan dalam menu timbul Tandatangan apabila anda menulis mesej.
Dalam lajur kanan (pratonton), lakukan mana-mana yang berikut untuk mencipta tandatangan anda:
Edit teks anda: Klik Edit dalam bar menu untuk menampal teks, menukar teks menjadi pautan, serta menyemak ejaan dan tatabahasa.
Formatkan teks anda: Klik Format dalam bar menu untuk menukar fon dan warna, menukar penjajaran teks dan menambahkan senarai.
Tambah imej: Seret imej ke kawasan pratonton.
Jika anda ingin tandatangan anda muncul selepas teks asal mesej yang anda balas atau majukan, nyahpilih kotak semak "Letakkan tandatangan di atas teks dipetik".
Gunakan Alat Menulis untuk meringkaskan, membaca pruf dan mengubah suai e-mel anda
Dengan Apple Intelligence,* anda boleh menggunakan Alat Menulis untuk meringkaskan teks dipilih dengan satu klik, menyemak kerja anda dan mencipta versi berbeza untuk teks yang sama bagi membantu anda mencari pengungkapan dan nada yang betul. Lihat Gunakan Alat Menulis dengan Apple Intelligence.
Anda boleh menunjukkan ejaan yang dicadangkan untuk perkataan, menambah perkataan atau istilah yang kerap digunakan pada kamus atau memilih kamus untuk bahasa tertentu. Lihat Dapatkan cadangan penaipan dan betulkan kesalahan.