
Lindungi privasi e-mel dalam Mail pada Mac
Anda boleh menggunakan ciri seperti Perlindungan Privasi Mail, Sembunyikan E-mel Saya dan alias e-mel untuk memastikan maklumat anda peribadi semasa menghantar dan menerima e-mel.
Gunakan Perlindungan Privasi Mail
Mesej e-mel yang anda terima mungkin termasuk kandungan jauh yang membenarkan pengirim mengumpulkan maklumat apabila anda melihat mesej, seperti masa dan bilangan kali anda melihatnya, sama ada anda memajukannya, alamat IP anda serta data lain. Perlindungan Privasi Mail menghalang pengirim daripada mengetahui tentang maklumat anda.
Jika anda tidak mengaktifkan Lindungi Aktiviti Mail pada kali pertama anda membuka Mail (macOS 13 atau lebih baharu), anda boleh berbuat demikian dalam seting Mail.
Pergi ke app Mail
pada Mac anda.Pilih Mail > Seting, kemudian klik Privasi.
Pilih Lindungi Aktiviti Mail.
Apabila pilihan ini dipilih, alamat IP anda disembunyikan daripada pengirim dan kandungan jauh dimuat turun secara peribadi dalam latar belakang apabila anda menerima mesej (berbanding apabila anda melihatnya).
Jika anda menyahpilih pilihan, anda boleh memilih untuk menyembunyikan alamat IP anda secara berasingan dan menyekat semua kandungan jauh. Apabila Sekat Semua Kandungan Jauh dipilih, sepanduk ditunjukkan dalam mesej apabila anda melihatnya, menunjukkan ia mengandungi kandungan jauh; anda boleh memilih untuk memuat turun kandungan.
Hantar e‑mel menggunakan alamat e‑mel yang unik dan rawak
Jika anda melanggan iCloud+, Sembunyikan E-mel Saya membolehkan anda menghantar dan menerima mesej tanpa perlu berkongsi alamat e-mel sebenar anda dengan menggunakan alamat e-mel rawak unik yang memajukan ke alamat e-mel yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Petua: Anda boleh melihat dan mengurus alamat rawak, serta unik anda atau mencipta alamat baharu dalam seting iCloud pada Mac anda atau dalam Seting Akaun di iCloud.com.
Pergi ke app Mail
pada Mac anda.Klik
untuk mengarang mesej baharu.Tambah penerima dan subjek untuk mesej anda.
Mesej yang anda hantar daripada alamat rawak unik hanya boleh dihantar kepada seorang penerima.
Alih penuding ke atas medan Daripada.
Klik menu timbul yang muncul, kemudian pilih Sembunyikan E-mel Saya.
Jika anda tidak pernah menghantar e-mel ke penerima ini daripada alamat rawak yang unik: Alamat baharu kelihatan dalam medan Daripada.
Jika sebelum ini anda menghantar e-mel ke penerima ini daripada alamat rawak yang unik: Alamat yang digunakan dengan penerima ini sebelum ini kelihatan dalam medan Daripada.
Tulis mesej anda, kemudian apabila anda sedia untuk menghantar, klik
.
Cipta, edit atau keluarkan alias e‑mel
Alias e-mel ialah seperti nama panggilan. Ia boleh digunakan untuk membantu memastikan alamat sebenar anda peribadi atau untuk memberikan identiti alternatif kepada alamat utama anda tanpa perlu mencipta akaun baharu. Apabila anda menghantar e-mel menggunakan alias, alamat e-mel anda tidak ditunjukkan kepada penerima.
Pergi ke app Mail
pada Mac anda.Pilih Mail > Seting, kemudian klik Akaun.
Pilih akaun, kemudian klik Maklumat Akaun.
Klik menu timbul Alamat E-mel, pilih Edit Alamat E-mel, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Tambah alias: Klik
, kemudian masukkan nama dan alamat e-mel.Edit alias: Klik medan Nama Penuh atau Alamat E-mel, kemudian ubah nama atau alamat e-mel.
Keluarkan alias: Pilih alias, kemudian klik
.
Hantar e-mel daripada alias e-mel
Pergi ke app Mail
pada Mac anda.Gerakkan penuding ke atas medan Daripada dalam mesej yang anda sedang tulis.
Klik menu timbul yang muncul, kemudian pilih alias e-mel.
Hantar e-mel yang ditandatangani atau disulitkan secara digital
Mesej yang ditandatangani secara digital membolehkan penerima anda mengesahkan identiti anda sebagai pengirim; mesej yang disulitkan menawarkan aras keselamatan yang lebih tinggi. Untuk menghantar mesej yang ditandatangani, anda mesti mempunyai sijil peribadi dalam rantai kunci anda. Untuk menghantar mesej yang disulitkan, sijil penerima mesti berada dalam rantai kunci anda.
Pergi ke app Mail
pada Mac anda.Pilih Fail > Mesej Baharu.
Gerakkan penuding ke atas medan Daripada, klik menu timbul yang muncul, kemudian pilih akaun yang anda miliki sijil peribadi dalam rantai kunci anda.
Ikon bertandatangan (mengandungi kotak semak) ditunjukkan dalam pengepala mesej dan menunjukkan mesej anda akan ditandatangani apabila anda menghantarnya.
Alamatkan mesej kepada penerima.
Ikok disulitkan (mengandungi mangga tertutup) ditunjukkan jika rantai kunci anda mengandungi sijil peribadi untuk setiap penerima. Jika anda tidak mempunyai sijil untuk setiap penerima, klik ikon disulitkan dalam mesej anda; mangga terbuka menggantikan mangga tertutup, menunjukkan mesej yang akan dihantar dinyahsulitkan.
Sesetengah senarai mel menolak mesej yang didaftar secara digital kerana tandatangan dianggap sebagai lampiran. Jika ini berlaku, klik ikon bertandatangan dalam mesej anda; x menggantikan tanda semak, menunjukkan bahawa mesej akan dihantar tidak bertandatangan.
Nota: Jika atas sebab tertentu sijil anda tidak dikaitkan dengan alamat e-mel anda, atau jika anda mahu menggunakan sijil anda dengan alamat e-mel yang berbeza, Control-klik sijil dalam Akses Rantai kunci, pilih Keutamaan Identiti Baharu, kemudian berikan maklumat yang diminta.