![](https://help.apple.com/assets/59CDA4890946221F6E35ACDA/59CDA65E094622F35A35CAE2/ms_MY/6dba1b524965bcfe776bd8a49ffc646f.png)
Gunakan alias e-mel
Alias e-mel adalah seperti nama samaran bagi alamat e-mel sebenar anda; ia menutup alamat sebenar dan membantu anda menyimpannya sebagai peribadi. Apabila anda menghantar mesej menggunakan alias, penerima anda melihat alias dan bukannya alamat e-mel sebenar anda. Sebagai contoh, Kevin Angel boleh menghantar mesej daripada alias webmaster@example.org, berbanding kevin_angel12@icloud.com.
Cipta atau ubah alias
Pilih Mail > Keutamaan, kemudian klik Akaun.
Pilih akaun, kemudian klik Maklumat Akaun.
Klik menu timbul Alamat E-mel, pilih Edit Alamat E-mel, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Tambah alias: Klik butang Tambah
, kemudian masukkan nama dan alamat e-mel.
Edit alias: Klik medan Nama Penuh atau Alamat E-mel, kemudian ubah nama atau alamat e-mel.
Keluarkan alias: Pilih alias, kemudian klik butang Keluarkan
.
Hantar mesej daripada alias
Dalam tetingkap mesej baru, gerakkan penuding ke atas medan Dari, klik menu timbul yang muncul, kemudian pilih alias e-mel.