
Gunakan Siri dengan app pada Mac
Siri berintegrasi dengan app anda supaya anda boleh melengkapkan tugas dan pintasan harian dengan suara anda. Apabila anda mengaktifkan Cadangan Siri, anda juga boleh mendapat tindakan yang dicadangkan dalam app anda sebelum anda memintanya. Apabila Perkhidmatan Lokasi diaktifkan dalam seting Privasi & Keselamatan, Siri memberikan maklumat berdasarkan lokasi—seperti mengingatkan anda tentang sesuatu apabila anda meninggalkan lokasi tertentu. Anda juga boleh menggunakan Cadangan Siri dalam app.
Gunakan Siri merentas app anda
Siri: Pada Mac anda, aktifkan Siri, kemudian lihat idea di bawah untuk permintaan yang anda boleh lakukan:
![]() Cipta atau tukar peristiwa kalendar Minta Siri mengesetkan peristiwa kalendar atau menukar butiran peristiwa. Contohnya, “Setkan makan tengah hari pada hari Khamis dengan Azim, Sivanesan dan Aaron.” atau “Tukar makan tengah hari saya daripada 12:30 ke 1 ptg”. | ![]() Setkan penggera atau pemasa Minta Siri untuk mengesetkan penggera dan pemasa. Contohnya, “Setkan penggera untuk makan tengah hari pada waktu tengah hari” atau “Setkan pemasa piza untuk 12 minit”. |
![]() Tambah peringatan Minta Siri untuk menambahkan bahan ke senarai runcit atau mengingatkan anda untuk melakukan sesuatu pada masa atau tempat khusus. Contohnya, “Tambah pisang ke senarai barang runcit saya” atau “Ingatkan saya untuk singgah di kedai runcit apabila saya meninggalkan tempat ini”. | ![]() Cipta atau cari nota Minta Siri mencipta nota baharu atau menunjukkan kepada anda nota daripada hari khusus atau dengan tajuk khusus. Contohnya, “Cipta nota” atau “Tunjukkan kepada saya nota tentang cahaya matahari dan ritma sirkadia”. |
![]() Dapatkan info tentang saham Minta Siri untuk mendapatkan maklumat tentang pasaran saham. Contohnya, “Apakah simbol pita untuk Apple?” atau “Bagaimana pasaran hari ini?” |
Biarkan Siri membuat cadangan dalam app
Apabila anda mengaktifkan atau menyahaktifkan Cadangan Siri, anda mendapat tindakan yang dicadangkan dalam sesetengah app sebelum anda memintanya. Sebagai contoh, apabila anda mendapat jemputan dalam Mail, anda ditanya jika anda mahu menambahnya pada kalendar anda. Atau apabila anda melayari halaman web, anda mendapat cadangan untuk halaman web yang berkaitan.
Berikut adalah beberapa cara anda boleh menyelesaikan tugas dengan lebih mudah apabila Cadangan Siri aktif:
Tulis e-mel dan cipta peristiwa: Semasa anda menambah nama ke e-mel atau peristiwa kalendar, anda mendapat cadangan berdasarkan orang yang anda sertakan dalam e-mel atau peristiwa sebelumnya.
Cipta peringatan: Apabila seseorang meminta anda melakukan sesuatu (contohnya, “Boleh anda beli susu esok?”) dan anda memberikan jawapan (seperti “Ya”), anda boleh mencipta peringatan untuk item tersebut.
Terima panggilan FaceTime: Jika anda menerima panggilan FaceTime masuk dan nombor telefon boleh ditemui dalam kenalan atau e-mel anda, pemanggil dikenal pasti dengan nama. Jika tidak, pemanggil dikenal pasti sebagai tidak diketahui.
Bertolak untuk peristiwa: Jika peristiwa kalendar anda disertakan lokasi, anda menerima pemberitahuan yang memberitahu anda masa untuk bertolak berdasarkan keadaan trafik.
Cari dalam Safari: Tapak web dicadangkan dan maklumat lain kelihatan dalam medan carian semasa anda menaip.
Sahkan janji temu atau tempah penerbangan pada tapak web perjalanan: Anda ditanya jika anda mahu menambah peristiwa atau maklumat perjalanan lain ke kalendar anda.
Baca cerita News: Anda boleh mendapatkan cadangan berdasarkan cerita yang anda baca dan saluran serta topik yang anda ikuti.
Jalankan pintasan dengan Siri
Pintasan memberikan cara yang cepat untuk menyelesaikan tugas menggunakan app anda. Anda boleh menggunakan Siri untuk menjalankan sebarang pintasan dalam pustaka Pintasan.
Sesetengah app menawarkan pintasan untuk perkara yang anda kerap lakukan, supaya anda boleh menggunakan Siri untuk melakukannya untuk anda. Sebagai contoh, app untuk kedai kopi mungkin membolehkan anda membuat pesanan biasa anda dengan pintasan.
Untuk menambah Pintasan Siri daripada app pada Mac anda, klik Tambah ke Siri apabila anda melihat cadangan, kemudian ikut arahan atas skrin untuk merakamkan frasa yang melaksanakan pintasan.
Untuk menjalankan pintasan dengan suara anda pada Mac anda, aktifkan Siri, kemudian sebutkan frasa untuk pintasan.