Gunakan ChatGPT dengan Apple Intelligence pada Mac
Jika anda memilih untuk membenarkan Mac anda bekerja dengan ChatGPT* daripada OpenAI, anda boleh melakukan yang berikut:
Gunakan Siri untuk mengakses ChatGPT: Siri boleh memanfaatkan ChatGPT untuk memberikan jawapan apabila ia membantu untuk sesetengah permintaan, termasuk soalan tentang foto dan dokumen.
Gunakan ChatGPT dengan Alat Menulis: ChatGPT boleh mengarang teks atau imej hanya daripada perihalan.
Sambungkan akaun ChatGPT anda: Anda tidak memerlukan akaun ChatGPT, tetapi jika anda mempunyai satu—percuma atau berbayar—anda boleh bersambung ke akaun anda. Dengan akaun ChatGPT berbayar, Mac anda boleh menggunakan keupayaan paling berkuasa ChatGPT dengan lebih kerap.
Anda mengawal masa ChatGPT digunakan dan akan ditanya sebelum sebarang maklumat anda dikongsi.
Nota: Sambungan ChatGPT tersedia dengan Apple Intelligence** dalam macOS 15.2 atau lebih baharu pada model Mac dengan M1 atau lebih baharu. Untuk menyemak sama ada Apple Intelligence tersedia untuk peranti dan bahasa anda, lihat artikel Sokongan Apple Keperluan Apple Intelligence. Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 13 tahun atau umur minimum yang diperlukan di negara anda untuk diizinkan bagi menggunakan ChatGPT. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Syarat Penggunaan OpenAI.
Sediakan ChatGPT
Semasa kali pertama anda mengarang teks dengan Alat Menulis atau menggunakan Siri untuk mendapatkan jawapan daripada ChatGPT, anda mungkin digesa untuk mengaktifkan sambungan. Anda juga boleh menyediakan ChatGPT dalam Seting Sistem.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Apple Intelligence & Siri .
Klik ChatGPT, klik Sediakan, kemudian klik Seterusnya.
Lakukan satu daripada berikut:
Gunakan ChatGPT tanpa akaun: Klik Dayakan ChatGPT.
Gunakan ChatGPT dengan akaun sedia ada: Klik Gunakan ChatGPT dengan Akaun, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Nota: Jika anda mahu permintaan anda disimpan ke sejarah perbualan ChatGPT, anda mesti mendaftar masuk ke akaun ChatGPT.
Jika anda memutuskan untuk menggunakan ChatGPT dengan akaun kemudian, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Apple Intelligence & Siri , klik ChatGPT, kemudian klik Daftar Masuk.
Nyahaktifkan ChatGPT
Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Apple Intelligence & Siri .
Klik ChatGPT, kemudian nyahaktifkan sambungan ChatGPT.
Jika anda mahu menghalang Siri daripada mencadangkan ChatGPT apabila anda melakukan permintaan, nyahaktifkan ChatGPT, kemudian nyahaktifkan Gesaan Persediaan.
Untuk menyekat akses ke sambungan ChatGPT, lihat Sekat akses kepada ChatGPT.
Sambungan dan privasi ChatGPT
Jika anda mengakses sambungan ChatGPT tanpa akaun, hanya permintaan anda dan lampiran seperti dokumen, foto atau kandungan dokumen dihantar kepada ChatGPT untuk menjawab permintaan anda. OpenAI juga tidak menerima sebarang maklumat yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda. Alamat IP anda dikaburkan daripada ChatGPT, tetapi lokasi umum anda diberikan. OpenAI mesti memproses permintaan anda semata-mata untuk tujuan memenuhinya dan tidak menyimpan permintaan anda atau sebarang respons yang diberinya melainkan diperlukan di bawah undang-undang yang berkenaan. OpenAI juga mesti tidak menggunakan permintaan anda untuk meningkatkan atau melatih modelnya. Apabila anda mendaftar masuk, seting akaun ChatGPT anda dan dasar privasi data OpenAI akan digunakan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sambungan ChatGPT & Privasi.