Aktifkan dan nyahaktifkan Siri pada Mac
Siri ialah pembantu pintar yang terbina dalam Mac anda untuk membantu anda menyelesaikan tugas. Untuk bermula, ketahui asas—seperti cara mengaktifkan Siri dan mendapatkan perhatiannya.
Nota: Siri direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat tapak web Siri, Perencanaan Privasi dan tapak web Tingkatkan Siri dan Perencanaan Privasi.
Aktifkan Siri
Siri perlu diaktifkan sebelum anda boleh menggunakannya untuk mendapatkan maklumat. Jika anda tidak menyediakan Siri semasa anda menyediakan Mac anda buat kali pertama, lakukan yang berikut:
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Siri dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Aktifkan Siri, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Untuk menyesuaikan seting Siri dengan lebih lanjut (seperti cara mengaktifkan “Hai Siri” atau “Siri” dan cara Siri kedengaran), lihat Sesuaikan Siri.
Aktifkan Siri
Selepas anda menghidupkan Siri, anda perlu mengaktifkannya, kemudian bertanya soalan atau membuat permintaan.
Nota: Anda mesti bersambung ke internet untuk menggunakan Siri.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Tekan dan tahan
dalam baris kekunci fungsi pada papan kekunci anda. Jika kekunci ini tidak tersedia, gunakan pintasan papan kekunci yang ditentukan dalam seting Siri.
Klik
dalam bar menu. Jika ia tidak ditunjukkan, lihat Tambah Siri ke bar menu.
Sebut “Hai Siri” atau “Siri” (jika pilihan ini tersedia dan diaktifkan dalam seting Siri). Untuk mengaktifkan “Hai Siri” atau “Siri”, lihat Aktifkan “Hai Siri” atau “Siri”.
Untuk menyemak sama ada “Hai Siri” atau “Siri” tersedia untuk peranti, bahasa dan rantau anda, lihat tapak web Ketersediaan Ciri macOS.
Tanya Siri soalan atau buat permintaan.
Lihat Gunakan Siri untuk mencari maklumat dan menyelesaikan tugas.
Jika anda mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi, lokasi peranti anda ditentukan pada masa permintaan. Anda boleh menukar pilihan ini dalam Seting Sistem—lihat Kawal akses ke lokasi Mac anda.
Nyahaktifkan Siri
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Siri dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Nyahaktifkan Siri.
Jika anda ialah pengelola keluarga untuk kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menyediakan kawalan ibu bapa pada peranti anak anda dan menyekat akses kepada Siri & Perencanaan. Lihat Tukar seting Pengehadan Siri dalam Masa Skrin.