Dengar atau tukar cara teks kelihatan dalam app dengan Pembaca Kebolehcapaian pada Mac
Dengan Pembaca Kebolehcapaian pada Mac, anda boleh membaca atau mendengar teks dalam paparan skrin penuh dan menyesuaikan fon, tataletak serta warna latar belakang. Anda boleh menggunakan Pembaca Kebolehcapaian dengan sebarang app pada Mac anda. Dengan Apple Intelligence, anda juga boleh memformatkan semula kandungan untuk membaca dengan lebih mudah, meringkaskan teks dan menterjemah teks ke dalam salah satu bahasa pilihan anda. Pembaca Kebolehcapaian juga terbina dalam app Pembesar supaya anda juga boleh menyesuaikan teks dalam persekitaran anda—seperti papan putih atau skrin. Lihat Buatkan Mac anda zum masuk pada perkara di sekeliling anda.
Nota: Apple Intelligence pada macOS 27 tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Had penggunaan mungkin dikenakan.*
Sediakan dan gunakan Pembaca Kebolehcapaian
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaiandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Baca & Sebut.
Aktifkan Pembaca Kebolehcapaian.
Untuk menyesuaikan Pembaca Kebolehcapaian, lakukan mana-mana yang berikut:
Sediakan main auto: Klik
, kemudian aktifkan Main Auto dalam Pembaca jika anda mahu Pembaca Kebolehcapaian membaca teks dengan lantang secara automatik.
Gunakan pembersihan pemformatan secara automatik dengan Apple Intelligence: Klik
, kemudian aktifkan “Gunakan pemformatan secara automatik” untuk membuatkan Apple Intelligence memformatkan dan menstrukturkan kandungan untuk kebolehbacaan serta mengeluarkan elemen yang tidak berkaitan dengan kandungan.
Sesuaikan pintasan papan kekunci: Klik
, dwiklik pintasan lalai (Command-Escape), kemudian masukkan pintasan anda sendiri.
Untuk mula menggunakan Pembaca Kebolehcapaian, lakukan mana-mana yang berikut:
Gunakan pintasan papan kekunci Pembaca Kebolehcapaian: Buka sebarang app, skrol ke kawasan yang anda mahu baca, kemudian masukkan pintasan Pembaca Kebolehcapaian (Command-Escape atau pintasan tersuai anda).
Gunakan Pintasan Kebolehcapaian: Buka sebarang app, skrol ke kawasan yang anda mahu baca, buka Pintasan Kebolehcapaian, kemudian pilih Pembaca Kebolehcapaian.
Petua: Anda juga boleh melancarkan Pembaca Kebolehcapaian daripada app dengan cepat daripada bar menu. Klik Edit, klik Pertuturan, kemudian klik Buka dalam Pembaca Kebolehcapaian.
Gunakan Apple Intelligence dalam Pembaca Kebolehcapaian
Dengan Apple Intelligence, Pembaca Kebolehcapaian boleh memformat semula kandungan untuk membaca dengan lebih mudah, meringkaskan teks panjang dan menterjemah teks ke dalam salah satu bahasa pilihan anda.
Buka sebarang app pada Mac anda dan aktifkan Pembaca Kebolehcapaian.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Ringkaskan teks: Klik Ringkaskan di bahagian atas kandungan untuk menunjukkan ringkasan. Untuk menyembunyikannya, klik ringkasan lagi.
Terjemah teks: Klik
, kemudian pilih salah satu bahasa pilihan anda. Untuk kembali ke teks yang tidak diterjemahkan, klik
, kemudian klik Lihat Asal.
Nota: Terjemahan tersedia untuk bahasa dalam senarai Bahasa Pilihan anda. Untuk menambah bahasa, lihat Tukar bahasa yang digunakan oleh Mac anda.
Formatkan semula kandungan: Apabila anda menyediakan Pembaca Kebolehcapaian, anda boleh mengaktifkan “Gunakan pemformatan secara automatik” untuk membuatkan Apple Intelligence memformatkan dan menstrukturkan kandungan untuk kebolehbacaan serta mengeluarkan elemen yang tidak berkaitan dengan kandungan.
Jika anda tidak mendayakan “Gunakan pemformatan secara automatik”, anda juga boleh mengklik kanan teks, kemudian klik “Gunakan pemformatan” untuk membersihkan kandungan anda, atau “Keluarkan pemformatan” untuk melihat kandungan asal.
Jadikan teks dalam app lebih mudah dibaca
Buka sebarang app pada Mac anda dan aktifkan Pembaca Kebolehcapaian.
Selepas anda menyediakan dan membuka Pembaca Kebolehcapaian, klik
, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tema: Pilih tema warna—seperti Cerah atau Gelap.
Warna: Pilih warna untuk teks atau latar belakang.
Fon: Pilih fon, penampilan fon atau saiz fon.
Aksara Kemudahbacaan Tinggi: Aktifkan Aksara Kemudahbacaan Tinggi.
Nota: Pilihan ini hanya tersedia apabila menggunakan Fon Sistem.
Baris: Pilih
,
atau
untuk menyesuaikan ruang antara baris.
Perkataan: Pilih
,
atau
untuk menyesuaikan ruang antara perkataan.
Aksara: Pilih
,
atau
untuk menyesuaikan ruang antara aksara.
Lebar Kandungan Boleh Baca: Pilih
,
atau
untuk menyesuaikan lebar teks.
Pautan: Aktifkan atau nyahaktifkan Tunjukkan Pautan. Apabila anda mengaktifkan Tunjukkan Pautan, anda boleh menyesuaikan warna.
Penyerlahan Main Balik: Aktifkan atau nyahaktifkan Tunjukkan Serlahan. Apabila anda mengaktifkan Tunjukkan Serlahan, anda boleh menyesuaikan gaya atau warna serlahan.
Reset kepada Lalai: Klik Reset kepada Lalai untuk mereset seting yang anda pilih.
Dengar teks dituturkan dalam app
Buka sebarang app pada Mac anda dan aktifkan Pembaca Kebolehcapaian.
Selepas anda menyediakan dan membuka Pembaca Kebolehcapaian, lakukan mana-mana yang berikut:
Dengar teks: Klik
.
Jeda teks: Klik
.
Langkau ke belakang atau ke depan: Klik
atau
.
Tingkatkan atau kurangkan kelajuan: Klik
, kemudian pilih kelajuan.
Pergi ke masa khusus: Seret gelangsar ke kiri atau ke kanan.