Sesuaikan pergerakan atas skrin pada Mac
Anda boleh menyesuaikan pergerakan sesetengah elemen pada skrin, contohnya apabila anda membuka aplikasi, bertukar antara desktop, atau membuka dan menutup Pusat Pemberitahuan. Ciri ini mungkin berguna untuk orang yang mempunyai mabuk gerak atau vertigo.
Anda juga boleh memalapkan paparan kandungan yang menggambarkan cahaya berdenyar atau berkelip, menjedakan paparan imej beranimasi pantas seperti GIF dan membantu mengurangkan mabuk gerak secara automatik semasa memandu dalam kenderaan.
Nota: Tanda Pergerakan Kenderaan tidak seharusnya digunakan semasa mengendalikan kenderaan bergerak dan dalam situasi yang memerlukan perhatian terhadap keselamatan. Tanda Pergerakan Kenderaan berfungsi secara terbaik apabila anda duduk menghadap ke hadapan dalam kenderaan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Kebolehcapaiandalam bar sisi, kemudian klik Pergerakan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan mana-mana yang berikut:
Kurangkan pergerakan: Kurangkan pergerakan daripada antara muka pengguna. Apabila tidak aktif, anda akan melihat lebih banyak pergerakan, seperti kesan penjelmaan bendalir Liquid Glass.
Malapkan cahaya berdenyar: Malapkan paparan kandungan yang menggambarkan cahaya berdenyar atau berkelip secara automatik.
Nota: Pilihan ini hanya tersedia untuk media serasi dan pada komputer Mac dengan Apple silicon. Kandungan diproses pada peranti dalam masa nyata. “Malapkan cahaya berdenyar” tidak seharusnya diharapkan untuk rawatan sebarang keadaan perubatan.
Main auto imej beranimasi: Nyahaktifkan pilihan ini untuk menjeda paparan imej beranimasi pantas (seperti GIF dalam Mesej dan Safari) secara automatik.
Utamakan kursor tidak berkelip: Hentikan kerlipan bar menegak yang kelihatan di titik sisipan di tempat anda menaip.
Tanda Pergerakan Kenderaan: Titik beranimasi kelihatan pada skrin apabila anda berada dalam kenderaan bergerak, yang mungkin membantu mengurangkan mabuk gerak.
Nota: Pilihan ini tersedia pada komputer riba Mac. Ia tidak tersedia pada MacBook Neo, MacBook Air (M1) atau MacBook Pro 13 inci (M1) atau lebih awal.