
Masukkan foto dan imbasan dengan Kamera Kesinambungan pada Mac
Dengan Kamera Kesinambungan, anda boleh mengambil gambar, atau mengimbas borang, atau dokumen menggunakan iPhone, atau iPad berdekatan anda dan membolehkan foto dan imbasan muncul pada Mac anda, di tempat yang anda memerlukannya—sebagai contoh, dalam dokumen, e-mel, nota, atau folder.

Untuk menggunakan ciri Kesinambungan, peranti anda mesti mengaktifkan Wi-Fi dan Bluetooth® dan memenuhi keperluan sistem. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Kesinambungan pada Mac, iPhone, iPad dan Apple Watch.
Pada Mac anda, tempatkan penuding di tempat yang anda mahu memasukkan foto atau imbasan.
Sebagai contoh, dalam dokumen, nota, atau e-mel.
Pilih Fail > Masukkan daripada iPhone atau iPad, kemudian pilih Ambil Foto atau Imbas Dokumen.
Dalam sesetengah app, anda boleh memilih Fail > Import daripada iPhone atau iPad, kemudian pilih Ambil Foto atau Imbas Dokumen untuk mencipta fail baharu dengan foto atau imbasan anda. Anda juga boleh Control-klik desktop atau folder dalam tetingkap Finder, pilih Import daripada iPhone atau iPad, kemudian pilih Ambil Foto atau Imbas Dokumen.
Jika perintah tidak ditunjukkan dalam menu Fail, ia mungkin dalam menu lain (seperti menu Edit atau Masukkan), atau app yang anda gunakan mungkin tidak menyokong Kamera Kesinambungan.
Pada iPhone atau iPad anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Untuk foto: Ambil foto, kemudian ketik Gunakan Foto atau Ambil Semula.
Untuk imbasan: Ambil imbasan. Peranti anda mengesan pinggir dokumen dan membetulkan secara auto sebarang herotan imej—jika anda mahu melaraskan kawasan yang disertakan dalam imbasan, seret bingkai atau pinggirnya. Apabila anda bersedia, ketik Simpan Imbasan atau Ambil Semula. Apabila anda dapat imbasan yang anda mahukan, ketik Simpan.
Pada Mac anda, gambar atau imbasan muncul di tempat anda meletakkan penuding, atau jika anda memulakan daripada desktop atau folder, sebagai fail.
Bergantung pada tempat foto atau imbasan dimasukkan, anda boleh menandakannya atau melaraskan aspek lain, seperti memangkasnya atau menggunakan penapis.
Imbasan yang anda ambil pada peranti iOS atau iPadOS anda tidak disimpan pada peranti.