
Gunakan Apple Intelligence dalam Pintasan pada Mac
Anda boleh mencipta pintasan yang lebih berkuasa daripada sebelumnya dengan Apple Intelligence. * Tindakan pintar dalam pintasan boleh meringkaskan teks, mencipta imej atau memanfaatkan terus Apple Intelligence atau ChatGPT untuk memberikan respons yang disalurkan ke pintasan anda.
Nota: Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model Mac atau dalam semua bahasa atau rantau. ** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini macOS dan mengaktifkan Apple Intelligence.
Cari pintasan Apple Intelligence
Jika anda mencari pintasan baharu untuk ditambah ke koleksi anda, atau jika anda mahu melihat perkara yang mungkin dan cara sesetengah pintasan Apple Intelligence dibina, lihat kategori Apple Intelligence dalam app Galeri Pintasan.
Pergi ke app Pintasan
pada Mac anda.
Klik Galeri dalam bar sisi.
Klik
pada pintasan dalam kategori Apple Intelligence untuk menambahnya ke koleksi anda.
Gunakan model dalam pintasan tersuai
Anda boleh mencipta pintasan tersuai anda sendiri yang menggunakan model Apple Intelligence—sama ada pada peranti atau Komputasi Awan Peribadi—atau ChatGPT untuk mengendalikan permintaan yang ringkas atau kompleks dalam pintasan anda. Anda boleh menggunakan model untuk memberikan input kepada tindakan, menghuraikan output tindakan dan banyak lagi.
Anda boleh memilih daripada tiga model:
Pada Peranti: Menggunakan model Apple Intelligence pada peranti untuk mengendalikan permintaan ringkas tanpa memerlukan sambungan rangkaian.
Komputasi Awan Peribadi: Menggunakan Komputasi Awan Peribadi Apple untuk mengendalikan permintaan kompleks sambil melindungi privasi anda.
Model Sambungan: Menggunakan ChatGPT untuk mengendalikan permintaan anda.
Untuk bermula, cuba sesuatu yang serupa dengan yang berikut:
Pergi ke app Pintasan
pada Mac anda.
Klik
dalam bar alat Pintasan.
Petua: Klik kategori Apple Intelligence, kemudian pilih tindakan pintar khusus.
Cari tindakan, kemudian dwiklik untuk menambahnya ke pintasan anda.
Sebagai contoh, cari Dapatkan Cuaca Semasa, kemudian dwikliknya. Jika Pintasan meminta anda akses kepada lokasi anda, klik Benarkan Akses.
Cari tindakan Guna Model, dwikliknya untuk menambahnya ke pintasan anda, kemudian pilih model.
Sebagai contoh, pilih Pada Peranti.
Dalam medan teks di bawah “Gunakan model”, masukkan gesaan anda.
Sebagai contoh, masukkan “Tulis ringkasan padat dan lucu tentang cuaca hari ini dengan emoji”.
Jika anda mahu dapat berinteraksi dengan model untuk memperhaluskan permintaan anda lagi, klik anak panah di sebelah “Gunakan model”, kemudian klik kotak semak Susulan.
Untuk menambah tindakan lain, cari tindakan, kemudian dwiklik untuk menambahnya.
Sebagai contoh, cari Tunjukkan Kandungan, dwikliknya, kemudian pilih Respons.
Untuk menguji pintasan baharu anda, klik
.
Pintasan anda disimpan secara automatik. Untuk mengetahui tentang cara berbeza anda boleh menjalankan pintasan anda, lihat Jalankan pintasan.
Ketahui lebih lanjut tentang Input, Susulan dan Output
Berikut ialah beberapa butiran lanjut tentang menggunakan tindakan Gunakan Model:
Input teks ke dalam model boleh termasuk pemboleh ubah, output daripada tindakan sebelumnya, peristiwa kalendar, peringatan, foto dan banyak lagi.
Jika anda memilih Susulan, apabila anda menjalankan pintasan, ia menunjukkan respons model kepada anda dan membolehkan anda memperhalus input anda sebelum respons akhir diserahkan kepada tindakan seterusnya. Sebagai contoh, anda boleh membuat permintaan tambahan atau memberikan maklumat lanjut.
Respons output dioptimumkan secara automatik untuk tindakan yang dihantar kepadanya. Anda juga boleh menentukan cara respons dikeluarkan: Apabila anda menambah tindakan Gunakan Model, klik menu timbul Output dan pilih pilihan.