Mac Studio di sebelah kiri. Di sebelahnya, dari kiri ke kanan, MacBook Air, iMac dan MacBook Pro dengan desktop berwarna-warni.

Mulakan dengan Mac anda

Anda boleh menyediakan dan menggunakan Mac baharu anda serta-merta. Pilih rupa untuk desktop anda, ketahui cara untuk menukar seting biasa, cari dan gunakan app serta banyak lagi.

Ketahui cara untuk memanfaatkan Mac anda sepenuhnya

Desktop Mac dengan anak tetingkap Keutamaan Sistem Perkongsian Keluarga untuk bermula dan tetingkap Mesej dengan beberapa perbualan serta beberapa foto dalam salah satu perbualan.

Bersambung dan kongsi

macOS memudahkan anda berhubung dengan yang tersayang. Gunakan panggilan FaceTime untuk memanggil sesiapa pada sebarang peranti, cari dengan mudah apa-apa yang rakan kongsi dengan anda dalam Mesej, atau sediakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi pembelian dan banyak lagi.

Ketahui cara untuk bersambung dan berkongsi

Desktop Mac dengan app Safari terbuka dan Nota Cepat di sebelah kanan.

Kemaskan rutin anda

macOS memberikan anda alat hebat untuk menyelesaikan lebih banyak tugas, menjejak perkara penting dan mengehadkan gangguan supaya anda boleh kekal fokus.

Ketahui cara untuk menjimatkan masa dan kekal fokus

Mac, iPad, iPhone dan Apple Watch.

Gunakan Mac anda dengan peranti lain

Mac anda bekerja dengan semua peranti Apple lain anda dengan lancar. Gunakan AirPlay untuk melihat kandungan daripada iPhone pada Mac anda, gunakan AirDrop untuk berkongsi fail dengan rakan yang berdekatan dengan cepat dan banyak lagi.

Ketahui cara menggunakan Mac dan peranti anda bersama

Desktop Mac menunjukkan dua tetingkap terbuka—Finder menunjukkan fail daripada iCloud Drive dan app Safari serta seting Sembunyikan E-mel Saya.

Lindungi privasi dan data anda

Tiada yang lebih penting daripada melindungi privasi anda dan keselamatan data anda. Mac anda menyediakan alat dan app yang anda perlukan untuk melindungi maklumat peribadi anda dan memastikan Mac anda selamat—daripada Pencegahan Penjejakan Pintar hingga Perlindungan Privasi Mail dan banyak lagi.

Ketahui cara untuk memastikan data anda peribadi dan selamat

Tetingkap Tukar Kata Laluan.

Terlupa kata laluan anda?

Ketahui cara untuk menukar atau mereset kata laluan Apple ID anda.

Tukar kata laluan Apple ID anda

App Buku menunjukkan beberapa panduan Penting Mac.

Dapatkan panduan Penting anda

Anda mempunyai Mac baharu? Ketahui perkara asas untuk model anda.

Dapatkan panduan Penting untuk Mac anda

Ikon dengan dua manusia.

Hubungi Sokongan Apple

Jika anda mempunyai soalan, anda boleh menghubungi Apple untuk mendapatkan bantuan.

Hubungi Apple untuk sokongan dan perkhidmatan

Untuk menerokai Panduan Pengguna macOS, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, lawati tapak web Sokongan macOS.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.