Cipta rakaman pada Mac
Dengan Memo Suara, anda gunakan Mac anda sebagai peranti rakaman. Untuk mencipta rakaman, gunakan mikrofon terbina dalam, set kepala yang disokong, atau mikrofon luaran. Anda boleh mendengar rakaman Memo Suara anda pada sebarang peranti Apple yang anda mendaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama. Lihat Lihat rakaman anda pada semua peranti Apple anda.
Dalam app Memo Suara pada Mac anda, klik butang Rakam (atau gunakan Touch Bar).
Untuk jeda, klik butang Jeda . Untuk meneruskan, klik Teruskan.
Apabila anda selesai, klik Selesai di penjuru kanan bawah.
Rakaman anda disimpan dengan nama lokasi anda (jika “Penamaan Berdasarkan Lokasi” dipilih dalam seting dan anda membenarkan Memo Suara mengesan lokasi Mac anda). Jika tidak, rakaman anda disimpan dengan nama “Rakaman Baharu”.
Selepas rakaman disimpan, anda boleh memilihnya untuk dimainkan atau melakukan pengeditan, seperti menamakan semula atau memotongnya.