Rakam memo suara pada Mac anda
Dengan Memo Suara, gunakan Mac anda sebagai peranti rakaman. Untuk merakamkan memo suara pada Mac, gunakan mikrofon terbina dalam, set kepala yang disokong, atau mikrofon luaran. Dengarkan pada peranti iCloud anda juga. Hanya pastikan anda mendaftar masuk ke iCloud menggunakan Apple ID yang sama pada semua peranti anda.
Dalam app Memo Suara pada Mac anda, pilih Fail > Mulakan Rakaman Baru atau klik butang Rakam .
Untuk jeda, klik butang Jeda . Untuk meneruskan, klik Teruskan.
Apabila anda selesai, klik Selesai di penjuru kanan bawah.
Rakaman anda disimpan dengan nama lokasi anda (jika “Penamaan berdasarkan lokasi” dipilih dalam keutamaan) atau dengan nama “Rakaman Baru.”
Selepas rakaman disimpan, anda boleh memilihnya untuk dimainkan atau melakukan pengeditan, seperti menamakan semula atau memotongnya.