Rakam memo suara pada Mac anda
Dengan Memo Suara, gunakan Mac anda sebagai peranti rakaman. Untuk merakamkan memo suara pada Mac, gunakan mikrofon terbina dalam, set kepala yang disokong, atau mikrofon luaran. Anda boleh mendengar memo suara anda pada sebarang peranti yang anda daftar masuk menggunakan Apple ID yang sama dan Memo Suara diaktifkan dalam keutamaan iCloud. Lihat Sediakan iCloud.
Dalam app Memo Suara pada Mac anda, klik butang Rakam (atau gunakan Touch Bar).
Untuk jeda, klik butang Jeda . Untuk meneruskan, klik Teruskan.
Apabila anda selesai, klik Selesai di penjuru kanan bawah.
Rakaman anda disimpan dengan nama lokasi anda (jika “Penamaan berdasarkan lokasi” dipilih dalam keutamaan) atau dengan nama “Rakaman Baru.”
Selepas rakaman disimpan, anda boleh memilihnya untuk dimainkan atau melakukan pengeditan, seperti menamakan semula atau memotongnya.