Lihat transkripsi Memo Suara pada Mac
Dengan macOS Sequoia dan Mac dengan Apple silicon, pertuturan dalam rakaman audio anda boleh dikenal pasti dan ditranskripsikan kepada teks dalam Memo Suara (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Anda boleh melihat transkripsi semasa atau selepas anda merakam.
Jika anda membuka rakaman yang dibuat dalam macOS 14 atau lebih awal, atau rakaman yang dibuat pada peranti yang tidak menyokong transkripsi, Memo Suara mentranskripsikan rakaman secara automatik jika ia termasuk pertuturan yang dirakamkan.
Lihat transkripsi semasa merakam
Pergi ke app Memo Suara pada Mac anda.
Klik untuk memulakan rakaman.
Klik untuk menonton transkripsi secara langsung.
Bentuk gelombang di bahagian atas tetingkap hilang buat sementara dan transkripsi kelihatan, dengan perkataan semasa diserlahkan. Untuk kembali ke paparan bentuk gelombang, klik lagi.
Klik untuk menjeda rakaman; klik Teruskan untuk meneruskan.
Untuk menyimpan rakaman, klik Selesai.
Lihat atau salin teks yang ditranskripsi selepas merakam
Pergi ke app Memo Suara pada Mac anda.
Klik rakaman dengan transkrip yang anda mahu lihat.
Klik untuk melihat transkrip.
Pilhi teks yang anda ingin salin, Control-kliknya, kemudian pilih Salin.
Anda boleh membuka dokumen lain—contohnya mesej Mail atau fail teks—dan tampal teks di dalamnya.
Cari teks dalam tajuk dan transkripsi
Pergi ke app Memo Suara pada Mac anda.
Dalam medan carian, masukkan teks yang anda mahu cari.
Senarai hanya menunjukkan rakaman dengan teks tersebut—sama ada dalam tajuk atau dalam transkripsi audio.
Klik untuk melihat transkrip.
Apabila anda memilih istilah dalam transkripsi, penunjuk main kelihatan di lokasi tersebut dalam bentuk gelombang audio.