
Lihat transkripsi Memo Suara pada Mac
Dengan macOS 15 atau lebih baharu serta Mac dengan Apple silicon, pertuturan dalam rakaman audio anda boleh dikenali dan ditranskripsikan kepada teks dalam Memo Suara. Anda boleh melihat transkripsi semasa atau selepas anda merakam.
Nota: Transkripsi audio tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Jika anda membuka rakaman yang dibuat dalam macOS 14 atau lebih awal, atau rakaman yang dibuat pada peranti yang tidak menyokong transkripsi, Memo Suara mentranskripsikan rakaman secara automatik jika ia termasuk pertuturan yang dirakamkan.
Lihat transkripsi semasa merakam
Pergi ke app Memo Suara
pada Mac anda.
Klik
untuk memulakan rakaman.
Klik
untuk menonton transkripsi secara langsung.
Bentuk gelombang di bahagian atas tetingkap hilang buat sementara dan transkripsi kelihatan, dengan perkataan semasa diserlahkan. Untuk kembali ke paparan bentuk gelombang, klik
lagi.
Klik
untuk menjeda rakaman; klik Teruskan untuk meneruskan.
Untuk menyimpan rakaman, klik Selesai.
Lihat atau salin teks yang ditranskripsi selepas merakam
Pergi ke app Memo Suara
pada Mac anda.
Klik rakaman dengan transkrip yang anda mahu lihat.
Klik
untuk melihat transkrip.
Pilhi teks yang anda ingin salin, Control-kliknya, kemudian pilih Salin.
Anda boleh membuka dokumen lain—contohnya mesej Mail atau fail teks—dan tampal teks di dalamnya.
Dengan Apple Intelligence*, anda boleh menggunakan Alat Menulis untuk meringkaskan transkrip dengan satu klik, membaca pruf kerja anda dan mencari pengungkapan dan nada yang betul. Lihat Gunakan Alat Menulis dengan Apple Intelligence.
Cari teks dalam tajuk dan transkripsi
Pergi ke app Memo Suara
pada Mac anda.
Dalam medan carian, masukkan teks yang anda mahu cari.
Senarai hanya menunjukkan rakaman dengan teks tersebut—sama ada dalam tajuk atau dalam transkripsi audio.
Klik
untuk melihat transkrip.
Apabila anda memilih istilah dalam transkripsi, penunjuk main kelihatan di lokasi tersebut dalam bentuk gelombang audio.