
Pastikan Apple ID anda selamat pada Mac
Apple ID anda ialah akaun yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti App Store, Apple Music, iCloud, iMessage, FaceTime dan banyak lagi. Akaun anda termasuk alamat e-mel dan kata laluan yang anda gunakan untuk mendaftar masuk serta butiran kenalan, bayaran dan keselamatan yang anda gunakan merentas perkhidmatan Apple.
Amalan terbaik untuk memaksimumkan keselamatan Apple ID anda
Jangan kongsi Apple ID anda dengan orang lain, walaupun dengan ahli keluarga. (Anda boleh menamakan satu atau lebih orang yang anda percayai sebagai Kenalan Pemulihan Akaun untuk membantu anda mendapatkan semula akses kepada akaun anda sekiranya anda terkunci keluar.)
Untuk berkongsi pembelian, langganan, kalendar keluarga dan banyak lagi tanpa berkongsi Apple ID, sediakan Perkongsian Keluarga.
Jangan berikan kata laluan, soalan keselamatan, kod pengesahan, kunci pemulihan atau sebarang butiran keselamatan akaun anda yang lain kepada orang lain. Apple tidak akan meminta maklumat ini daripada anda.
Jangan gunakan kata laluan Apple ID anda dengan akaun dalam talian yang lain.
Semasa menggunakan komputer awam, sentiasa daftar keluar apabila sesi anda selesai untuk menghalang orang lain daripada mengakses akaun anda.
Benarkan pengesahan dua faktor melindungi akaun anda. Jika anda mencipta Apple ID baharu pada peranti dengan iOS 13.4, iPadOS 13.4, macOS 10.15.4, atau lebih baharu, akaun anda menggunakan pengesahan dua faktor secara automatik. Jika anda mencipta akaun Apple ID tanpa pengesahan dua faktor sebelum ini, aktifkan pengesahan dua faktor. Lihat Gunakan pengesahan dua faktor untuk keselamatan pada peranti Mac, peranti iOS dan peranti iPadOS anda.
Tambah Kenalan Pemulihan Akaun
Pilih satu atau lebih orang yang anda percayai sebagai Kenalan Pemulihan Akaun untuk membantu anda mereset kata laluan Apple ID anda dan mendapatkan semula akses kepada akaun anda jika anda terlupa kata laluan anda atau terkunci keluar. Lihat Sediakan kata laluan dan maklumat keselamatan Apple ID anda.
Anda juga boleh menetapkan orang sebagai Kenalan Legasi sekiranya anda meninggal dunia. Lihat Sediakan kata laluan dan maklumat keselamatan Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang amalan terbaik, lihat artikel Sokongan Apple Keselamatan dan Apple ID anda