Gunakan Mac anda dengan peranti lain
Bergerak secara lancar antara Mac dan iPad anda
Dengan Kawalan Universal, bekerja dengan satu papan kekunci dan tetikus atau trackpad merentas peranti. Apabila peranti anda bersebelahan antara satu sama lain, anda boleh memasukkan teks, membuka app, menyeret item antara peranti dan banyak lagi.
Gunakan Mac anda sebagai paparan untuk peranti lain anda
Gunakan AirPlay untuk berkongsi, membentang, atau memainkan apa-apa sahaja pada iPhone atau iPad anda—daripada filem dan permainan terbaharu hingga foto percutian anda—pada paparan Mac anda.
Dapatkan bunyi seperti teater pada Mac anda
Sambungkan AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro, atau AirPods Max untuk mendapat pengalaman Audio Ruang bunyi keliling pada Mac dengan Apple silicon anda. Dengan penjejakan kepala dinamik, bunyi kekal pada peranti semasa anda menggerakkan kepala anda—oleh itu, audio daripada filem atau muzik sentiasa kedengaran datang dari arah yang betul.
Mulakan di sini, selesaikan di sana
Dengan Handoff, anda boleh memulakan tugas pada satu peranti dan menyelesaikannya pada peranti lain—contohnya, mulakan e-mel pada iPhone, tetapi bertukar ke Mac anda apabila anda sampai di rumah.
Kongsi fail antara peranti secara wayarles
AirDrop membolehkan anda berkongsi dokumen, foto, halaman web dan banyak lagi dengan sesiapa yang berdekatan.