
Sumber untuk Mac anda
Dapatkan maklumat tentang Mac anda terus pada Mac anda.
Lihat versi macOS yang dipasang pada komputer anda: Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Perihal Mac Ini.Lihat spesifikasi komputer anda: Pada Mac anda, pilih menu Apple > Perihal Mac Ini. Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci, klik Laporan Sistem dalam anak tetingkap Keseluruhan.
Untuk spesifikasi teknikal lengkap, pergi ke tapak web Sokongan Apple Spesifikasi Teknikal. Untuk spesifikasi teknikal dalam bahasa lain, klik “Spesifikasi Teknikal dalam bahasa lain” di arah bahagian atas halaman.
Lihat pilihan perkhidmatan dan pembaikan untuk komputer anda: Pada Mac anda, pilih menu Apple > Perihal Mac Ini, kemudian klik Perkhidmatan. Lihat Ketahui cara untuk servis atau membaiki Mac anda.
Anda boleh mencari panduan pengguna untuk komputer Mac dan peranti Apple yang lain pada tapak web Manual Sokongan Apple.
Anda boleh melayari atau mencari tapak web Sokongan Mac, atau gunakan tapak web Komuniti Sokongan Apple untuk mendapatkan maklumat daripada pengguna Apple yang lain di seluruh dunia.
Jika anda berfikir untuk menaik taraf kepada Mac baharu, lihat artikel Sokongan Apple Perkara yang harus dilakukan sebelum anda menjual, memberi atau mendagangkan Mac anda.