Buat dan terima panggilan telefon dalam FaceTime pada Mac
Apabila anda ingin membuat atau menerima panggilan telefon, anda tidak perlu mencapai iPhone anda—anda boleh gunakan Mac anda. Apabila seseorang memanggil anda, pemberitahuan muncul pada Mac anda dan anda boleh menjawab panggilan—malah menggunakan Teks Masa Nyata (RTT) untuk panggilan telefon anda, jika pembawa anda menyokongnya. Lihat keperluan panggilan telefon FaceTime.
Nota: Panggilan telefon yang anda buat dan terima pada Mac anda menggunakan minit selular—bayaran selular mungkin dikenakan.
Buat panggilan telefon daripada app pada Mac anda
Dalam app FaceTime pada Mac anda, daftar masuk dan pastikan FaceTime diaktifkan.
Sediakan iPhone dan Mac anda untuk panggilan telefon, jika anda belum berbuat demikian.
Bergantung pada app macOS yang anda mahu gunakan untuk panggilan telefon anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
FaceTime: Pilih FaceTime Baharu, masukkan nombor telefon dalam tetingkap timbul, tekan Return, kemudian klik bagi memilih nombor telefon untuk dipanggil.
Jika anda mempunyai kad untuk orang dalam app Kenalan, anda boleh memasukkan sahaja nama orang tersebut, atau pilihnya daripada Dicadangkan.
Jika anda menyediakan panggilan telefon RTT, anda boleh memilih untuk membuat panggilan RTT.
Nota: Anda juga boleh menjemput orang untuk dipanggil dengan menghantar mesej SMS kepada mereka.
Kenalan: Pilih kenalan, gerakkan penuding ke atas nombor telefon, kemudian klik butang Telefon .
Jika anda menyediakan panggilan telefon RTT, anda boleh memilih untuk membuat panggilan RTT.
Safari: Klik nombor telefon pada halaman web, kemudian klik Panggil.
Mail: Letakkan penuding ke nombor telefon dalam e-mel, klik menu timbul , kemudian pilih bagaimana anda mahu membuat panggilan.
Peta: Klik tempat menarik, kemudian klik butang Panggil .
Spotlight: Masukkan nama kenalan atau tempat dalam medan carian Spotlight, kemudian klik cadangan carian untuk melihat dalam Spotlight. Gerakkan penuding ke atas nombor telefon, kemudian klik butang Telefon .
Kalendar: Buka peristiwa, cari nombor telefon biru bergaris bawah dalam butiran peristiwa, klik nombor, kemudian klik Panggil. Atau, untuk panggilan video FaceTime ditambahkan ke peristiwa kalendar, klik Sertai.
Peringatan: Buka senarai peringatan, kemudian klik nombor telefon biru bergaris bawah, kemudian klik Panggil.
Cari: Buka senarai Orang, kemudian pilih nama. Klik butang Info , klik Kenalan, kemudian klik butang Panggil .
Nota: Jika anda dihadkan kepada panggilan dengan orang tertentu sahaja, ikon jam pasir muncul di sebelah orang yang anda tidak boleh panggil.
Jawab panggilan telefon pada Mac anda
Pada Mac anda, apabila pemberitahuan muncul di penjuru kanan atas skrin, lakukan satu daripada berikut dalam pemberitahuan:
Terima panggilan masuk: Klik Terima.
Jika orang yang memanggil anda menyediakan RTT untuk panggilan dan anda mahu menjawabnya dengan cara itu, klik RTT.
Tolak panggilan: Klik Tolak.
Petua: Jika panggilan diterima daripada seseorang yang anda tidak mahu terima panggilannya, anda boleh sekat pemanggil.
Tolak panggilan dan hantar mesej menggunakan iMessage: Klik bersebelahan Tolak, pilih Balas dengan Mesej, taip mesej anda, kemudian klik Hantar. Kedua-dua anda dan pemanggil mestilah didaftarkan masuk ke iMessage.
Tolak panggilan dan setkan peringatan untuk panggilan balik kemudian: Klik bersebelahan Tolak, kemudian pilih berapa lama anda mahu menunggu untuk menerima peringatan. Apabila tiba masanya, anda akan menerima pemberitahuan—kliknya untuk melihat peringatan, kemudian klik pautan dalam peringatan untuk memulakan panggilan.
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh gunakannya untuk menerima atau menolak panggilan, menolak dan menghantar mesej, atau menolak dan setkan peringatan.
Anda tidak boleh menerima panggilan daripada seseorang yang dihadkan oleh had komunikasi dalam Masa Skrin, tetapi ia muncul sebagai panggilan tak dijawab dalam tetingkap FaceTime atau dalam Pusat Pemberitahuan.
Uruskan panggilan dalam FaceTime pada Mac
Apabila anda membuat atau menerima panggilan telefon dalam FaceTime, anda boleh mengurus panggilan dengan pelbagai cara, seperti memindahkan panggilan ke iPhone anda atau menggunakan panggilan menunggu. Lihat keperluan panggilan telefon FaceTime.
Nota: Panggilan telefon yang anda buat dan terima pada Mac anda menggunakan minit selular—bayaran selular mungkin dikenakan.
Tukar ke panggilan video FaceTime: Klik Video dalam pemberitahuan (atau gunakan Touch Bar).
Bertukar ke panggilan RTT: Klik RTT dalam pemberitahuan.
Nota: Apabila anda menukar panggilan telefon ke panggilan RTT, mikrofon kekal aktif—klik butang Senyap (atau gunakan Touch Bar) untuk menyahaktifkan audio bagi panggilan.
Gunakan panggilan menunggu: Jika anda sedang dalam panggilan dan pemberitahuan panggilan telefon baharu muncul, klik Tahan & Terima. Klik untuk bertukar antara panggilan.
Tambah pemanggil masuk ke panggilan semasa: Klik Tahan & Terima, tunggu panggilan masuk untuk bersambung, kemudian klik Gabung.
Pindah panggilan ke iPhone anda: Apabila Mac anda berdekatan iPhone anda, leret ke atas dari bahagian bawah ke bahagian tengah skrin iPhone anda dan tahan sehingga anda melihat Penukar App. Ketik sepanduk app Telefon di bahagian bawah skrin.
Bergantung pada cara anda menyediakan Panggilan Wi-Fi, bar hijau yang menyatakan “Sentuh untuk kembali ke panggilan” mungkin muncul di bahagian atas skrin pada iPhone anda apabila anda membuka kuncinya. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Kesinambungan pada Mac, iPhone, iPad dan Apple Watch.
Kawal kelantangan dan pilihan audio lain: Lihat Tukar pilihan audio untuk panggilan FaceTime.