Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
![](https://help.apple.com/assets/654D618E04FD9C93A6075DE3/654D618FE31693F4DF01D552/ms_MY/b656dd5c27c0cd7b9f23fe70c352f8b6.png)
Pindahkan panggilan FaceTime ke peranti lain
Selepas anda menyediakan Handoff, anda boleh mengalihkan panggilan FaceTime antara Mac anda dan peranti lain.
Semasa panggilan FaceTime, lakukan mana-mana daripada berikut:
Teruskan panggilan FaceTime pada Mac anda: Klik Pindahkan Panggilan ke Mac Ini atau klik ikon FaceTime
dalam bar menu, kemudian klik butang Tukar.
Teruskan panggilan FaceTime pada iPhone atau iPad anda: Ketik Pindahkan Panggilan ke [peranti] Ini atau ketik butang FaceTime
di bahagian atas skrin, kemudian ketik butang Tukar.
Untuk memindahkan kembali panggilan ke peranti asal, klik atau ketik butang Tukar.