Gunakan Tindihan Pembentang semasa persidangan video
Dengan macOS 14 atau lebih baharu dan Mac dengan Apple silicon, anda boleh menggunakan Tindihan Pembentang dalam FaceTime dan app persidangan video serasi lain, supaya peserta boleh melihat anda dan skrin yang anda kongsikan. Tindihan kecil menempatkan muka anda dalam gelembung boleh gerak, jadi ia mudah dilihat semasa menunjukkan kerja anda. Tindihan besar membingkaikan skrin dikongsi anda di sebelah anda sementara anda kekal menonjol, jadi anda boleh berjalan, bercakap dan bergerak di hadapannya.
Semasa berkongsi skrin anda dalam panggilan FaceTime, klik dalam bar menu.
Pilih saiz Tindihan Pembentang.
Petua: Semasa menggunakan Tindihan Pembentang, anda juga boleh mengaktifkan kesan video seperti Cahaya Studio, Bingkai Dipusatkan atau reaksi. Lihat Gunakan ciri persidangan video pada Mac.
Untuk berhenti menggunakan Tindihan Pembentang, klik dalam bar menu, kemudian klik Tak Aktif dalam bahagian Tindihan Pembentang.
Nota: Semasa menggunakan Tindihan Pembentang dengan app persidangan video pihak ketiga, latar belakang maya tidak dipaparkan—sebaliknya latar belakang anda yang sebenar ditunjukkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan Tindihan Pembentang dengan app pihak ketiga, semak dokumentasi bantuan app.