Gunakan kamera terbina dalam pada Mac
Kebanyakan komputer Mac mempunyai kamera FaceTime atau FaceTime HD terbina dalam yang terletak di bahagian pinggir atas skrin. Kamera dihidupkan secara automatik apabila anda membuka app—seperti FaceTime atau Photo Booth—atau menggunakan ciri—seperti Penanda atau penuding kepala—yang boleh menggunakan kamera. Lampu hijau di sebelah kamera menyala untuk menunjukkan yang kamera aktif. Kamera (dan lampu hijau) dinyahaktifkan apabila anda menutup atau keluar daripada semua app atau ciri yang menggunakan kamera.
Kawal akses ke kamera
Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan kamera pada Mac anda. Lihat Kawal akses ke kamera pada Mac.
Ambil foto atau rekod video
Ambil foto atau video diri anda: Lihat Ambil foto atau rakam video dalam Photo Booth.
Ambil foto atau video skrin anda: Lihat Ambil tangkapan skrin atau rakaman skrin pada Mac.
Tingkatkan kualiti imej
Bersihkan kamera: Gunakan kain lembut dan bebas lin untuk mengelap kamera.
Laraskan pencahayaan: Pastikan anda cukup terang daripada bahagian depan, tetapi kurang cahaya di belakang anda; contohnya, muka menghadap tetingkap.
Tingkatkan sambungan Wi-Fi anda: Bergerak lebih dekat ke penghala Wi-Fi anda dan pastikan tiada objek menghalang isyaratnya, seperti dinding.
Tukar seting app: App tertentu mungkin membenarkan anda melaraskan kualiti kamera. Semak seting app anda dan laraskan jika diperlukan.
Gunakan kamera luaran: Jika anda mempunyai Mac lama, kualiti imej kamera terbina dalam anda mungkin terhad. Cuba gunakan kamera luaran.
Selesaikan masalah kamera
Lihat artikel Sokongan Apple Jika kamera terbina dalam anda tidak berfungsi pada Mac anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan kamera dengan app tertentu, lihat Panduan Pengguna FaceTime, Panduan Pengguna Mesej dan Panduan Pengguna Photo Booth.