
Pasang pembelian daripada App Store pada Mac
Terdapat beberapa cara untuk memasang dan memasang semula app yang anda beli dengan Apple ID anda.
Nota: Dalam App Store, semua pembelian anda terikat pada Apple ID anda dan tidak boleh dipindahkan ke Apple ID lain. Jika anda membuat pembelian pada iPad, iPhone, atau Mac lain, sentiasa daftar masuk menggunakan Apple ID yang sama supaya anda boleh melihat semua pembelian kedai anda pada Mac ini dan muat turun sebarang kemas kini tersedia.
Pasang app yang anda beli pada peranti yang berlainan
Anda boleh memasang sebarang app yang anda beli dengan Apple ID anda pada peranti lain.
Dalam App Store
pada Mac anda, klik nama anda di penjuru kiri bawah, atau klik Daftar Masuk jika anda belum berbuat demikian.
Cari app dibeli yang anda mahu muat turun, kemudian klik butang Muat Turun
.
Muat turun app yang anda telah beli pada peranti berlainan secara automatik
Dalam App Store
pada Mac anda, klik nama anda di penjuru kiri bawah, atau klik Daftar Masuk jika anda belum berbuat demikian.
Pilih App Store > Seting, kemudian pilih “Muat turun app dibeli pada peranti lain secara automatik”.
Pasang semula app
Jika anda menyahpasang atau memadamkan app yang anda beli dengan Apple ID, anda boleh memasangnya lagi.
Dalam App Store
pada Mac anda, klik nama anda di penjuru kiri bawah, atau klik Daftar Masuk jika anda belum berbuat demikian.
Cari app dibeli yang anda mahu pasang semula, kemudian klik butang Muat Turun
.
Anda juga boleh memuat turun app daripada internet atau memasang app daripada cakera. Lihat Pasang dan nyahpasang app.