Pintasan papan kekunci dan gerak isyarat dalam App Store pada Mac
Dalam app App Store pada Mac, anda boleh melaksanakan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci dan gerak isyarat. Lihat pintasan dan gerak isyarat di bawah, serta pintasan papan kekunci dalam menu App Store di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat |
---|---|
Paparkan app Temui | Command-1 |
Paparkan app Arcade | Command-2 |
Paparkan app Cipta | Command-3 |
Paparkan app Kerja | Command-4 |
Paparkan app Main | Command-5 |
Paparkan app Bangunkan | Command-6 |
Paparkan app Kategori | Command-7 |
Paparkan Kemas Kini | Command-8 |
Carian untuk app | Command-F |
Segar semula halaman semasa | Command-R |
Pergi ke halaman sebelumnya | Command-Tanda kurung kiri ( [ ) Pada trackpad, leret dua jari ke kanan Pada Magic Mouse, leret satu jari ke kanan |