
Uruskan storan iCloud pada Mac
Apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda dan mengaktifkan iCloud, anda mendapat 5 GB storan percuma secara automatik. Anda boleh menggunakan storan iCloud anda untuk foto, fail, sandaran dan banyak lagi. Anda boleh meningkatkan storan anda dengan menaik taraf ke iCloud+. Lihat Apakah iCloud+?
Anda juga boleh mengeluarkan item yang disimpan dalam iCloud untuk menjadikan lebih banyak ruang tersedia. Lihat artikel Sokongan Apple Kosongkan ruang storan pada Mac anda.
Lihat dan uruskan storan iCloud
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian pilih iCloud dalam bar sisi.
Klik Urus, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Naik taraf storan anda: Klik Beli Lebih Banyak Storan atau Ubah Rancangan Storan, pilih jumlah storan yang anda mahu, kemudian ikut arahan.
Jika anda berada dalam kumpulan Perkongsian Keluarga dan anda menggunakan Apple ID yang sama untuk kongsi pembelian keluarga, naik taraf akan dibilkan ke akaun pengelola keluarga. Untuk mendapatkan maklumat tentang berkongsi storan iCloud dengan ahli keluarga, lihat artikel Sokongan Apple Kongsi iCloud+ dengan keluarga anda.
Lihat bagaimana app atau ciri menggunakan storan: Pilih app atau ciri di sebelah kiri, kemudian baca maklumat penggunaan di sebelah kanan.
Anda boleh mengeluarkan semua dokumen dan data untuk app secara kekal. Anda boleh menyimpan salinan dokumen sebelum mengeluarkannya daripada iCloud.
Keluarkan sandaran peranti iOS atau iPadOS: Klik Sandaran di sebelah kiri, pilih peranti di sebelah kanan yang sandarannya tidak diperlukan, kemudian klik Padam
(di bawah senarai sandaran). Jika anda tidak melihat Sandaran di sebelah kiri, peranti iOS atau iPadOS anda tidak mempunyai sandaran iCloud.
AMARAN: Jika anda memadamkan sandaran iCloud untuk peranti iOS atau iPadOS semasa anda, iCloud akan berhenti membuat sandaran peranti secara automatik.
Nyahaktifkan Siri dan keluarkan data berkaitan Siri: Pilih Siri di sebelah kiri, kemudian klik Nyahdaya dan Padam.
Klik Selesai.
Untuk mengetahui cara berkongsi iCloud+ dengan keluarga anda, lihat Tukar keutamaan Storan iCloud dalam Perkongsian Keluarga. Untuk mendapatkan maklumat tentang menggabungkan langganan Apple anda, lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.