Mengurus storan iCloud
Apabila anda daftar untuk iCloud, anda mendapat 5 GB storan percuma secara automatik. Storan iCloud anda digunakan untuk dokumen disimpan di dalam iCloud Drive, Pustaka Foto iCloud, sandaran peranti iOS, mesej dan lampiran di dalam iCloud Mail (akaun e-mel @icloud.com anda) dan banyak lagi. Jika anda kehabisan ruang, anda boleh menaik taraf storan anda. Anda juga boleh keluarkan item disimpan untuk menjadikan lebih banyak ruang tersedia.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menguruskan storan iCloud menggunakan peranti iOS, lihat bahagian iCloud pada panduan pengguna untuk iPhone, iPad atau iPod touch.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Uruskan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Naik taraf storan anda: Klik Beli Lebih Banyak Storan atau Ubah Rancangan Storan, pilih jumlah storan yang anda mahu, kemudian ikut arahan.
Apabila anda membeli naik taraf storan iCloud, ia dibilkan ke akaun Apple ID anda. Jika anda berada dalam kumpulan Perkongsian Keluarga dan anda menggunakan Apple ID yang sama untuk kongsi pembelian keluarga, naik taraf akan dibilkan ke akaun pengurus keluarga.
Keluarkan sandaran peranti iOS: Klik Sandaran di sebelah kiri, pilih peranti iOS di sebelah kanan yang sandarannya tidak diperlukan, kemudian klik Padam (di bawah senarai sandaran). Jika anda tidak melihat Sandaran di sebelah kiri, peranti iOS anda tidak mempunyai sandaran iCloud.
AMARAN: Jika anda memadamkan sandaran iCloud untuk peranti iOS semasa anda, iCloud akan berhenti membuat sandaran peranti secara automatik.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.
Lihat bagaimana app atau ciri menggunakan storan: Pilih app atau ciri di sebelah kiri, kemudian baca maklumat penggunaan di sebelah kanan.
Simpan salinan dokumen sebelum mengeluarkannya: Klik ikon Finder dalam Dock, klik iCloud Drive dalam bar sisi Finder, kemudian seret item dari iCloud Drive ke folder yang bukan dalam iCloud Drive, seperti muat Turun, Filem, Muzik dan Gambar.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang iCloud Drive, lihat Simpan desktop dan dokumen anda dalam iCloud Drive.
Keluarkan dokumen secara individu: Klik ikon Finder dalam Dock, klik iCloud Drive dalam bar sisi Finder, kemudian seret item dari iCloud Drive ke Sampah.
Nota: Anda boleh gunakan Seting di iCloud.com untuk memulihkan fail yang anda padam daripada iCloud Drive dalam 30 hari sebelumnya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Gunakan iCloud Drive pada iCloud.com dalam Bantuan iCloud.
Padam semua item dari Pustaka Foto iCloud: Pilih Pustaka Foto iCloud di sebelah kiri, kemudian klik “Nyahdayakan dan padam” di sebelah kanan. Anda juga boleh gunakan app Foto untuk padam foto dan video individu daripada Pustaka Foto iCloud.
Nota: Foto dan video yang dipadamkan diletakkan dalam album Terbaru Dipadam pada Mac anda, di mana ia kekal selama 30 hari. Selepas itu, item dikeluarkan secara kekal dikeluarkan dari semua peranti anda yang disediakan untuk Pustaka Foto iCloud. Anda boleh gunakan Foto untuk memulihkan atau mengeluarkan item terbaru dipadam dari Mac anda sebelum tempoh 30 hari berakhir.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Gunakan Pustaka Foto iCloud untuk menyimpan, berkongsi dan mengurus foto anda dalam iCloud.
Keluarkan semua dokumen dan data untuk app secara kekal: Pilih app di sebelah kiri, kemudian klik butang Padam Dokumen dan Data di sebelah kanan. Selain butang tersebut, sesetengah app mempunyai arahan di sebelah kanan untuk mengeluarkan dokumen dan data dari iCloud.
AMARAN: Jika anda memadamkan dokumen dan data app, ia akan dikeluarkan serta-merta daripada iCloud, daripada semua peranti anda yang disediakan untuk iCloud Drive, serta daripada iCloud Drive di iCloud.com.
Kurangkan ruang storan e-mel: Padam mesej e-mel, kemudian padam mesej yang dipadamkan secara kekal daripada peti mel Sampah. Anda juga boleh mengalihkan mesej e-mel daripada iCloud ke Mac anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara untuk kosongkan ruang storan iCloud menggunakan peranti iOS anda, lihat gambaran keseluruhan pengurusan storan iCloud dalam Bantuan iCloud.