
Ambil tangkapan skrin atau rakaman skrin pada Mac
Anda boleh mengambil gambar (dipanggil tangkapan skrin) atau rakaman skrin pada Mac anda menggunakan Tangkapan Skrin atau pintasan papan kekunci. Tangkapan Skrin membekalkan panel alat yang membenarkan anda mengambil tangkapan skrin dan rakaman skrin, dengan pilihan untuk mengawal perkara yang anda ambil—sebagai contoh, anda boleh setkan tundaan pemasa atau menyertakan penuding atau klik.
Ambil gambar atau rakaman skrin menggunakan Tangkapan Skrin
Pada Mac anda, tekan Shift-Command-5 (atau gunakan Launchpad) untuk membuka Tangkapan Skrin dan memaparkan alat.
Klik alat untuk digunakan bagi memilih perkara yang anda mahu tangkap atau rakam (atau gunakan Touch Bar).
Untuk sebahagian daripada skrin, seret bingkai untuk menempatkannya semula atau seretnya ke pinggir untuk melaraskan saiz kawasan yang anda mahu tangkap atau rakam.
Tindakan
Alat
Tangkap keseluruhan skrin
Tangkap tetingkap
Tangkap sebahagian daripada skrin
Rakam keseluruhan skrin
Rakam sebahagian daripada skrin
Klik Pilihan jika anda mahu.
Pilihan yang tersedia berbeza berdasarkan sama ada anda mengambil tangkapan skrin atau merakam skrin. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk setkan tundaan masa atau menunjukkan penuding tetikus atau klik dan menentukan tempat untuk menyimpan fail.
Pilihan Tunjukkan Imej Kecil Terapung membantu anda bekerja dengan lebih mudah dengan tangkapan, atau rakaman lengkap—ia terapung di penjuru kanan bawah skrin untuk beberapa saat supaya anda mempunyai masa untuk menyeretnya ke dalam dokumen, menandakannya, atau berkongsinya sebelum ia disimpan ke lokasi yang anda tentukan.
Mulakan tangkapan skrin atau rakaman skrin:
Untuk keseluruhan skrin anda atau sebahagian daripadanya: Klik Tangkap.
Untuk tetingkap: Gerakkan penuding ke tetingkap, kemudian klik tetingkap.
Untuk rakaman: Klik Rakam. Untuk berhenti merakam, klik butang Henti Rakaman
dalam bar menu.
Apabila pilihan Tunjukkan Imej Kecil Terapung disetkan, anda boleh lakukan mana-mana daripada berikut semasa imej kecil dipaparkan buat seketika di penjuru kanan bawah skrin:
Leret ke kanan untuk menyimpan fail dengan serta-merta dan menghilangkannya.
Seret imej kecil ke dalam dokumen, e-mel, nota, atau tetingkap Finder.
Klik imej kecil untuk membuka tetingkap di tempat yang anda boleh tandakan tangkapan skrin , atau pangkas rakaman, atau berkongsinya.
Bergantung pada tempat yang anda pilih untuk menyimpan tangkapan skrin atau rakaman, app mungkin dibuka.
Ambil gambar menggunakan pintasan papan kekunci
Anda boleh menggunakan pelbagai pintasan papan kekunci pada Mac anda untuk mengambil gambar skrin. Fail disimpan ke desktop.
Petua: Untuk menyalin tangkapan skrin supaya anda boleh menampalnya di tempat lain—seperti dalam e-mel atau ke peranti lain—tekan dan tahan kekunci Control semasa anda menekan kekunci lain. Sebagai contoh, untuk menyalin keseluruhan skrin, tekan Shift-Command-Control-3.
Tindakan | Pintasan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tangkap keseluruhan skrin | Tekan Shift-Command-3. | ||||||||||
Tangkap sebahagian daripada skrin | Tekan Shift-Command-4, kemudian gerakkan penuding rerambut silang ke mana yang anda lokasi mulakan tangkapan skrin. Tekan butang tetikus atau trackpad, seret ke atas kawasan yang anda mahu tangkap, kemudian lepaskan butang tetikus atau trackpad. | ||||||||||
Tangkap tetingkap atau bar menu | Tekan Shift-Command-4, kemudian tekan bar Space. Gerakkan penuding kamera ke atas tetingkap atau bar menu untuk serlahkannya, kemudian klik. | ||||||||||
Tangkap menu dan item menu | Buka menu, tekan Shift-Command-4, kemudian seret penuding ke atas item menu yang anda mahu tangkap. | ||||||||||
Buka Tangkapan Skrin | Tekan Shift-Command 5. | ||||||||||
Tangkap Touch Bar | Tekan Shift-Command-6. |
Anda boleh sesuaikan pintasan papan kekunci ini dalam anak tetingkap Pintasan pada keutamaan Papan Kekunci. Pada Mac anda, pilih menu Apple , kemudian klik Pintasan.
Tangkapan skrin disimpan sebagai fail .png dan rakaman skrin disimpan sebagai fail .mov. Nama fail bermula dengan “Tangkapan Skrin” atau “Rakaman Skrin” dan menyertakan tarikh dan masa.
Anda mungkin tidak boleh mengambil gambar tetingkap dalam sesetengah app, seperti Pemain DVD.