Sesuaikan gambar desktop pada Mac anda
Anda boleh menukar gambar yang dipaparkan pada desktop anda. Pilih daripada pelbagai gambar atau warna yang disediakan oleh Apple, atau gunakan foto anda sendiri.
Petua: Anda boleh menyeret imej daripada desktop atau folder anda ke imej kecil di bahagian atas anak tetingkap untuk menggunakan imej sebagai gambar dekstop anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Desktop & Penyelamat Skrin , kemudian klik Desktop.
Di sebelah kiri, layari gambar dan warna yang tersedia:
Warna dan gambar daripada Apple: Klik anak panah di sebelah Apple, kemudian pilih folder. Untuk memuat turun gambar (ditandakan oleh ikon muat turun ), anda mesti bersambung ke internet.
Gambar desktop Dinamik serta Cerah dan Gelap bertukar secara automatik sepanjang hari berdasarkan lokasi semasa anda. Jika Perkhidmatan Lokasi dinyahaktifkan dalam keutamaan Privasi, gambar bertukar berdasarkan zon waktu yang ditentukan dalam keutamaan Tarikh & Masa.
Sesetengah gambar menyediakan imej pegun supaya gambar tidak mengganggu penampilan desktop. Sebagai contoh, jika anda memilih penampilan gelap semasa persediaan macOS, gambar desktop disetkan ke imej pegun gelap. Untuk menggunakan atau berhenti menggunakan imej pegun (jika tersedia), klik menu timbul di sebelah imej kecil di atas anak tetingkap, kemudian pilih pilihan.
Foto anda: Klik anak panah bersebelahan Foto. Jika foto anda dalam Gambar atau folder lain, klik anak panah di sebelah Folder, kemudian pilih folder.
Untuk menambah folder, klik butang Tambah , navigasi ke dan pilih folder, kemudian klik Pilih.
Jika foto anda tidak ditunjukkan, ia mungkin bukan dalam format yang dijangkakan—JPEG, PICT, TIFF, PNG, atau HEIC. Gunakan Pratonton untuk membuka foto anda dan menyimpannya dalam salah satu format. Jika foto anda ditunjukkan tetapi kelihatan kabur, cuba gunakan yang lebih besar, seperti 1024 x 768 piksel.
Di sebelah kanan, klik gambar (jika gambar mempunyai ikon muat turun, klik ikon) atau foto untuk menggunakannya sebagai gambar desktop anda. Cuba imej berlainan sehingga anda menemui gambar yang anda paling sukai.
Jika anda memutuskan untuk tidak menggunakan gambar dimuat turun dan mahu memadamkannya daripada Mac anda, Control-klik gambar, kemudian pilih Keluarkan Muat Turun.
Jika anda menggunakan salah satu foto anda sendiri, anda boleh pilih untuk membuatkannya memenuhi skrin, berada di tengah, ataupun diatur.
Untuk sesetengah folder, anda boleh menunjukkan semua gambar dalam folder. Pilih “Tukar gambar”, kemudian pilih kekerapan untuk menukarnya, seperti setiap jam. Gambar ditunjukkan berdasarkan susunannya dalam folder, atau anda boleh memilih untuk menunjukkannya dalam susunan rawak.
Untuk menggunakan foto yang anda miliki dalam app Foto dengan cepat, buka Foto, pilih foto, klik butang Kongsi dalam bar alat Foto, kemudian pilih Setkan Gambar Desktop.
Anda boleh menggunakan gambar yang anda temui pada web sebagai gambar desktop anda. Control-klik imej dalam tetingkap pelayar, kemudian pilih Gunakan Imej sebagai Gambar Desktop.