
Lindungi privasi dan data anda

Dapatkan ciri privasi baharu dengan iCloud+
Apabila anda melanggan iCloud+, anda memperoleh segalanya yang anda gemari tentang iCloud, serta ciri yang membantu anda melayari web dengan lebih selamat dalam Safari, menyembunyikan alamat e-mel anda semasa anda mengisi borang pada web dan banyak lagi.

Pastikan alamat e-mel anda peribadi
Langgan iCloud+ dan cipta alamat e-mel rawak yang unik dengan Sembunyikan E-mel Saya. Anda boleh menggunakan alamat ini untuk menghantar e-mel, semasa anda mengisi borang pada tapak web dan banyak lagi—tanpa berkongsi alamat e-mel sebenar anda.

Hentikan penjejak internet
Dengan Pencegahan Penjejakan Pintar, Safari menghalang penjejak dikenali daripada memprofilkan anda menggunakan alamat IP anda, supaya privasi anda lebih terlindung semasa anda melayari internet. Anda juga boleh menghalang pembekal kandungan pihak ketiga daripada menjejaki anda merentasi tapak web untuk mengiklankan produk dan servis mereka.

Sandarkan fail anda
Ianya bijak—dan tidak menyakitkan—untuk menyandarkan Mac anda. Hanya aktifkan Time Machine dan sambungkan pemacu luaran. Time Machine mencipta sandaran automatik supaya anda boleh memulihkan fail atau app yang anda pasang.

Pastikan Mac anda selamat
Setkan Mac anda untuk menjadi lebih selamat dengan menggunakan kata laluan kukuh, mengehadkan bilangan pengguna pentadbir, memerlukan semua pengguna untuk log masuk, menyulitkan data dengan FileVault dan banyak lagi.