Mac anda merupakan sebahagian daripada pasukan yang hebat
Kongsi media anda secara wayarles
Gunakan AirPlay dengan Apple TV untuk strim perkara pada skrin Mac anda ke skrin besar—supaya semua orang dalam bilik boleh menikmati foto anda, video dan banyak lagi.
Lanjutkan desktop Mac anda ke iPad anda
Gunakan iPad anda sebagai paparan kedua untuk Mac anda, supaya anda boleh membentangkan kerja anda merentas ruang kerja yang dikembangkan dan jadi kreatif menggunakan Apple Pencil.
Mulakan di sini, selesaikan di sana
Dengan Handoff, anda boleh memulakan tugas pada satu peranti dan menyelesaikannya pada peranti lain—contohnya, mulakan mesej pada iPhone, tetapi bertukar ke Mac anda apabila anda sampai ke pejabat.
Tambah lakaran ke nota
Mahu memasukkan lakaran ke dalam nota pada Mac anda? Tiada masalah—gunakan perintah Tambah Lakaran, kemudian gunakan iPad dan Apple Pencil (atau jari) anda untuk melukisnya anda ia muncul serta-merta pada Mac anda.
Kongsi fail antara peranti secara wayarles
AirDrop membolehkan anda berkongsi dokumen, foto, halaman web dan banyak lagi dengan sesiapa yang berdekatan.