Gunakan Pusat Pemberitahuan pada Mac
Dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac, anda boleh menjejak pemberitahuan yang anda tertinggal dan gunakan widget untuk melihat temu janji, hari lahir, cuaca, tajuk berita teratas dan banyak lagi terus daripada desktop.
Buka atau tutup Pusat Pemberitahuan pada Mac anda
Pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Buka Pusat Pemberitahuan: Klik tarikh dan masa dalam bar menu, atau leret ke kiri dengan dua jari dari pinggir kanan trackpad.
Tutup Pusat Pemberitahuan: Klik di mana-mana sahaja pada desktop, klik tarikh dan masa dalam bar menu, atau leret ke kanan dengan dua jari ke arah pinggir kanan trackpad.
Gunakan pemberitahuan dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac anda
Dalam Pusat Pemberitahuan, gerakkan penuding ke atas pemberitahuan, kemudian lakukan mana-mana antara yang berikut:
Kembangkan atau runtuhkan tindanan pemberitahuan: Jika pemberitahuan app dihimpunkan, berbilang pemberitahuan ditindan. Untuk mengembangkan tindanan dan melihat semua pemberitahuan, klik di mana-mana sahaja dalam pemberitahuan atas. Untuk meruntuhkan tindanan, klik Tunjukkan kurang.
Ambil tindakan: Klik tindakan. Sebagai contoh, klik Tidur dalam pemberitahuan daripada app Kalendar, atau klik Balas dalam pemberitahuan daripada app Mail.
Jika tindakan mempunyai anak panah di sebelahnya, klik anak panah untuk lebih pilihan. Sebagai contoh, untuk membalas panggilan menggunakan app Mesej, klik anak panah bersebelahan Tolak, kemudian pilih Balas dengan Mesej.
Lihat lebih butiran: Klik pemberitahuan untuk membuka item dalam app. Jika anak panah ditunjukkan di sebelah kanan nama app, klik anak panah untuk melihat butiran dalam pemberitahuan.
Tukar seting pemberitahuan app: Jika anak panah ditunjukkan di sebelah kanan nama app, klik anak panah, klik butang Lagi , kemudian pilih pilihan:
Hantar Dengan Senyap: Pemberitahuan tidak ditunjukkan di penjuru kanan atas skrin atau pada skrin kunci (ia ditunjukkan dalam Pusat Pemberitahuan) dan bunyi tidak dimainkan apabila anda menerima pemberitahuan.
Hantar Dengan Menonjol: Pemberitahuan ditunjukkan di penjuru kanan atas skrin dan pada skrin kunci (dan dalam Pusat Pemberitahuan) dan bunyi dimainkan apabila anda menerima pemberitahuan.
Nyahaktifkan: Pemberitahuan tidak diterima. Untuk mengaktifkan pemberitahuan lagi untuk app, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Pemberitahuan, pilih app di sebelah kiri, kemudian klik Benarkan Pemberitahuan di sebelah kanan (biru menandakan pemberitahuan diaktifkan).
Keutamaan Pemberitahuan: Lihat seting pemberitahuan app dalam keutamaan Pemberitahuan.
Kosongkan pemberitahuan tunggal atau semua pemberitahuan dalam tindanan: Klik butang Kosongkan atau Kosongkan Semua .
Gunakan widget dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac anda
Dalam Pusat Pemberitahuan, lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat lebih butiran: Klik di mana-mana sahaja dalam widget untuk membuka keutamaan, app, atau halaman web berkaitan. Sebagai contoh, klik di mana-mana sahaja dalam widget Jam untuk membuka keutamaan Tarikh & Masa, atau klik di mana-mana sahaja dalam widget Peringatan untuk membuka app Peringatan.
Keluarkan widget: Tekan dan tahan kekunci Option sementara anda menggerakkan penuding ke atas widget, kemudian klik butang Keluarkan .
Sesuaikan Pusat Pemberitahuan pada Mac anda
Pada Mac anda, buka Pusat Pemberitahuan, kemudian klik Edit Widget di bahagian bawah.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Cari widget: Gunakan medan carian untuk mencari widget, atau klik kategori, seperti Jam, untuk mempratonton widget tersedia.
Tambah widget: Dalam pratonton widget, klik saiz (jika tersedia), gerakkan penuding ke atas widget dalam pratonton, kemudian klik butang Tambah . Widget ditambahkan ke widget aktif di sebelah kanan.
Susun semula widget: Dalam widget aktif, seret widget ke lokasi berbeza.
Edit widget: Dalam widget aktif, gerakkan penuding ke atas widget (Edit Widget muncul di bawah namanya), kemudian klik di mana-mana sahaja dalam widget. Widget dibalikkan untuk mendedahkan seting yang anda boleh sesuaikan—sebagai contoh, anda boleh menukar senarai yang ditunjukkan dalam widget Peringatan. Apabila anda sudah bersedia, klik Selesai.
Saiz semula widget: Dalam widget aktif, Control-klik widget, kemudian pilih saiz berbeza.
Keluarkan widget aktif: Gerakkan penuding ke atas widget aktif, kemudian klik butang Keluarkan .
Apabila anda bersedia, klik Selesai di bahagian bawah widget aktif.