Desktop Mac menunjukkan gambar desktop tersuai, dengan Dock di sepanjang bahagian bawah skrin dan beberapa dokumen di sepanjang pinggir kanan skrin.

Lakukan lebih lagi pada desktop anda

macOS padat dengan ciri pintar yang menjadikannya mudah untuk menukar seting dengan cepat dan menyesuaikan info yang anda mahu dapatkan tentang hari anda—terus daripada desktop anda.

Ketahui perkara yang anda boleh lakukan daripada desktop

Launchpad menunjukkan ikon app dalam corak grid merentasi skrin Mac.

App untuk semua yang anda mahu lakukan

Mac anda disertakan dengan app terbina dalam yang membenarkan anda melakukan perkara yang menakjubkan—dan anda boleh mencari lebih banyak app yang hebat dalam Mac App Store.

Ketahui yang anda boleh lakukan dengan app pada Mac anda

Desktop Mac dengan Peringatan, Mesej dan FaceTime dibuka. Mesej dalam latar hadapan dan mempunyai berbilang perbualan dalam bar sisi dan perbualan kumpulan di sebelah kanan.

Kekal berhubung dengan orang yang anda sayang

Daripada perbualan kumpulan ke peringatan dikongsi, Mac anda memberikan cara yang hebat untuk kekal berhubung dengan orang yang anda sayang.

Ketahui cara untuk kekal berhubung

Tetingkap Safari menunjukkan Laporan Privasi.

Lindungi data anda dan Mac anda

Tiada yang lebih penting daripada melindungi privasi anda dan keselamatan data anda. Mac anda memberikan alat dan app—seperti Cari dan Time Machine—yang anda perlu untuk melindungi maklumat peribadi anda dan pastikan Mac anda selamat.

Ketahui cara untuk memastikan data anda selamat

Mac, iPad, iPhone dan Apple Watch.

Mac anda merupakan sebahagian daripada pasukan yang hebat

Mac anda bekerja dengan semua peranti Apple lain anda dengan lancar. Hanya dengan satu klik atau ketikan, anda boleh menggunakan AirPlay untuk strim video ke Apple TV, berkongsi fail bersama rakan dengan mudah dan banyak lagi.

Ketahui cara menggunakan Mac dan peranti anda bersama

Desktop Mac dengan app Apple TV menunjukkan skrin Tonton Sekarang dan App Store menunjukkan Apple Arcade.

Banyak lagi untuk diterokai pada Mac anda

Mac anda menjadikannya mudah untuk berhibur—daripada menonton rancangan terkini pada Apple TV+ hingga bermain permainan baru yang hebat dalam Apple Arcade.

Ketahui lanjut tentang app media pada Mac anda

Untuk menerokai Panduan Pengguna macOS, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, lawati tapak web Sokongan macOS.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.