Pastikan Mac anda terkini
Dari semasa ke semasa, Apple mengeluarkan kemas kini untuk perisian macOS anda (termasuk kemas kini app yang disertakan dengan Mac anda dan kemas kini keselamatan penting).
Jika anda menerima pemberitahuan yang kemas kini perisian telah tersedia, anda boleh pilih sama ada untuk pasang kemas kini, atau pilih untuk diingatkan pada hari seterusnya. Anda juga boleh menyemak kemas kini macOS secara manual dalam keutamaan sistem Kemas Kini Perisian.
Petua: Untuk menyemak kemas kini perisian yang anda muat turun daripada App Store, buka App Store.
Semak kemas kini Mac secara manual
Untuk memasang kemas kini pada Mac anda secara manual, lakukan salah satu daripada berikut:
Untuk memuat turun kemas kini perisian macOS, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Kemas Kini Perisian.
Buka keutamaan Kemas Kini Perisian untuk saya
Petua: Anda juga boleh mengklik menu Apple—bilangan kemas kini yang tersedia, jika ada, ditunjukkan bersebelahan Keutamaan Sistem. Pilih Keutamaan Sistem untuk meneruskan.
Untuk mengemas kini perisian yang dimuat turun daripada App Store, klik menu Apple—bilangan kemas kini tersedia, jika ada, ditunjukkan bersebelahan App Store. Pilih App Store untuk meneruskan dalam app App Store .
Setkan Mac anda untuk menyemak kemas kini perisian secara automatik
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Kemas Kini Perisian.
Untuk memasang kemas kini macOS secara automatik, pilih “Pastikan Mac saya kekal terkini secara automatik.”
Untuk mengesetkan pilihan kemas kini lanjutan, klik Lanjutan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Untuk membolehkan Mac anda menyemak kemas kini secara automatik, pilih “Semak kemas kini.”
Untuk membolehkan Mac anda memuat turun kemas kini tanpa meminta, pilih “Muat turun kemas kini baru apabila tersedia.”
Untuk membolehkan Mac anda memasang kemas kini macOS secara automatik, pilih “Memasang kemas kini macOS.”
Untuk membolehkan Mac anda memasang kemas kini app daripada App Store secara automatik, pilih “Memasang kemas kini app daripada App Store.”
Untuk membolehkan Mac anda memasang fail sistem dan kemas kini keselamatan secara automatik, pilih “Memasang fail data sistem dan kemas kini keselamatan.”
Klik OK.
Untuk menerima kemas kini terkini secara automatik, ia disyorkan yang anda memilih “Semak untuk kemas kini,” “Muat turun kemas kini baru apabila tersedia,” dan “Pasang fail data sistem dan kemas kini keselamatan.”
Nota: MacBook, MacBook Pro dan MacBook Air mesti mempunyai penyesuai kuasa dipasang untuk kemas kini dimuat turun secara automatik.