Gunakan iCloud Drive untuk menyimpan dokumen pada Mac, iPhone dan iPad anda
Dengan iCloud Drive, anda boleh menyimpan semua jenis dokumen dengan selamat dalam iCloud dan mengaksesnya daripada semua komputer, serta peranti iOS dan iPadOS anda. Jika anda suka, anda boleh membuatkan semua fail dalam folder desktop dan dokumen anda disimpan secara automatik dalam iCloud Drive. Dengan cara tersebut, anda boleh menyimpan fail di tempat yang anda selalu menyimpannya dan ia tersedia pada semua komputer, serta peranti iOS dan iPadOS anda.
Anda boleh menggunakan iCloud Drive pada komputer Mac (OS X 10.10 atau lebih baru), peranti iOS (iOS 8 atau lebih baru), peranti iPadOS dan komputer Windows dengan iCloud untuk Windows (Windows 7 atau lebih baru diperlukan). Anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada semua komputer dan peranti anda.
Anda juga boleh gunakan iCloud Drive pada iCloud.com daripada pelayar web pada Mac atau komputer Windows.
Untuk menyediakan iCloud Drive menggunakan peranti iOS atau iPadOS, PC Windows, atau di iCloud.com, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan iCloud Drive.
Sediakan iCloud Drive
Jika anda belum sediakan iCloud Drive pada Mac ini, anda boleh melakukannya sekarang dalam anak tetingkap iCloud di keutamaan Apple ID.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian pilih iCloud dalam bar sisi.
Pilih iCloud Drive.
Pertama kali anda memilih ciri iCloud Drive pada sebarang peranti, anda diminta untuk menaik taraf. Apabila anda menaik taraf, dokumen dan data anda yang kini disimpan dalam iCloud dipindahkan ke iCloud Drive. Jika anda tidak diminta untuk menaik taraf, akaun anda telah dinaik taraf.
Penting: Selepas menaik taraf ke iCloud Drive, dokumen anda yang disimpan dalam iCloud Drive hanya tersedia pada komputer anda serta peranti iOS dan iPadOS yang menepati keperluan sistem minimum dan mengaktifkan iCloud Drive. Dokumen anda dalam iCloud Drive juga tersedia pada iCloud.com.
Jika anda mempunyai peranti dengan iCloud Drive dinyahaktifkan, dokumen dan data pada peranti itu tidak akan kekal terkini dengan dokumen dan data pada peranti anda yang mempunyai iCloud Drive diaktifkan.
Simpan folder Desktop dan Dokumen anda dalam iCloud Drive
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, pilih iCloud dalam bar sisi, kemudian klik Pilihan bersebelahan iCloud Drive.
Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Jika anda tidak melihat Pilihan bersebelahan iCloud Drive, pastikan iCloud Drive diaktifkan.
Pilih Folder Desktop & Dokumen.
Klik Selesai.
Selepas anda memilih Folder Desktop & Dokumen, folder Desktop & Dokumen anda dipindahkan ke iCloud Drive. Ia juga muncul dalam bahagian iCloud Drive dari bar sisi Finder.
Jika anda tidak boleh mengalih atau menyimpan dokumen ke iCloud Drive
Jika anda tidak dapat mengalih atau menyimpan dokumen ke iCloud Drive, ruang storan iCloud anda mungkin penuh. Dokumen yang disimpan kekal berada dalam Mac anda dan dimuat naik ke iCloud Drive apabila ruang tersedia.
iCloud Drive berkongsi storan iCloud anda dengan Foto iCloud, sandaran peranti iOS dan iPadOS, mesej dan lampiran dalam iCloud Mail (akaun e-mel @icloud.com anda) dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan lebih banyak ruang, lakukan yang berikut:
Naik taraf storan anda. Lihat Uruskan storan iCloud.
Keluarkan item yang anda tidak perlu simpan dalam iCloud Drive.