
Uruskan seting Apple ID anda pada Mac
Apple ID anda memberikan anda akses kepada semua perkhidmatan Apple, termasuk App Store, Apple Music, iCloud, iMessage, FaceTime dan banyak lagi. Selepas anda mendaftar masuk dengan Apple ID, anda boleh menggunakan seting Apple ID untuk menukar nama, foto, maklumat hubungan, seting kata laluan dan keselamatan, maklumat bayaran dan penghantaran, serta banyak lagi.

Buka seting Apple ID untuk saya
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi.Jika anda tidak melihat nama anda, klik Daftar masuk dengan Apple ID anda untuk memasukkan Apple ID anda atau untuk mencipta Apple ID.
Klik sebarang item berikut di sebelah kanan untuk mengurus seting Apple ID berkaitan pada Mac anda:
Nama, Telefon, E-mel: Gunakan pilihan ini untuk memasukkan nama, nombor telefon, e-mel dan maklumat hubungan lain anda yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Lihat Sediakan maklumat nama, telefon dan e-mel Apple ID anda.
Kata Laluan & Keselamatan: Gunakan pilihan ini untuk menukar seting kata laluan dan keselamatan yang berkaitan dengan Apple ID anda. Lihat Sediakan kata laluan dan maklumat keselamatan Apple ID anda.
Bayaran & Penghantaran: Gunakan pilihan ini untuk menyediakan maklumat bayaran dan penghantaran yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Lihat Sediakan kaedah bayaran dan alamat penghantaran Apple ID anda.
iCloud: Gunakan pilihan ini untuk memilih ciri iCloud yang anda mahu gunakan, mengurus storan iCloud dan menyediakan ciri iCloud+. Lihat Sediakan Apple ID anda untuk digunakan dengan iCloud.
Media & Pembelian: Gunakan pilihan ini untuk menukar seting media dan pembelian yang berkaitan dengan Apple ID anda. Lihat Urus seting media dan pembelian untuk Apple ID anda.
Perkongsian Keluarga: Gunakan pilihan ini untuk mengesetkan dan menyediakan kumpulan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda, pembelian, lokasi dan banyak lagi, dengan sehingga lima ahli keluarga. Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga.
Peranti: Gunakan senarai ini untuk menyemak dan mengurus peranti dipercayai yang menggunakan Apple ID anda. Lihat Peranti dipercayai yang menggunakan Apple ID anda.
Daftar Keluar: Daftar keluar daripada Apple ID anda. Lihat Daftar masuk atau keluar daripada Apple ID anda.
Perihal Apple ID & Privasi: Semak maklumat tentang Dasar Privasi Apple yang digunakan untuk melindungi maklumat Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar maklumat akaun Apple ID anda pada tapak web Apple ID, lihat halaman akaun Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting akaun Apple ID menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Uruskan seting Apple ID” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.