Gunakan Alat Menulis dengan Apple Intelligence pada Mac
Dengan Apple Intelligence,* anda boleh menggunakan Alat Menulis untuk membaca pruf kerja anda, mencipta versi berbeza untuk teks yang sama bagi membantu anda mencari perkataan dan nada yang sesuai, ringkaskan teks dipilih dan karang kandungan daripada mula. Alat Menulis tersedia di kebanyakan tempat yang anda menulis, termasuk app dan tapak web pihak ketiga.
Nota: Apple Intelligence tersedia dalam macOS 15.1 atau lebih baharu pada model Mac dengan M1 atau lebih baharu. Untuk menyemak sama ada Apple Intelligence tersedia untuk peranti dan bahasa anda, lihat artikel Sokongan Apple Keperluan Apple Intelligence.
Baca pruf teks
Pilih teks yang anda mahu perhaluskan, Control-klik teks dipilih, pilih Alat Menulis, kemudian klik Tunjukkan Alat Menulis.
Petua: Dalam sesetengah app—seperti Nota dan Mail—anda boleh membuka Alat Menulis dengan menahan penuding ke atas teks yang dipilih, kemudian mengklik , atau dengan mengklik dalam bar alat.
Klik Baca Pruf.
Apple Intelligence memeriksa teks anda untuk ralat tatabahasa dan ejaan. Semua perubahan bergaris bawah dengan garisan bersinar.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar antara versi dikemas kini dan asal teks anda: Klik .
Lihat perubahan dan penerangan untuk setiap perubahan: Klik dan .
Kembali ke versi teks anda yang belum diedit: Klik Tukar.
Apabila anda sudah selesai, klik Selesai.
Tulis semula teks
Dengan Alat Menulis, anda boleh menulis semula teks yang anda baru tulis—seperti nota kelas atau siaran blog—untuk memastikan semuanya dibaca dengan betul. Anda juga boleh melaraskan nada penulisan anda untuk sesuai dengan khalayak dan tugasan yang perlu dilakukan.
Pilih teks yang anda mahu perhaluskan, Control-klik teks dipilih, pilih Alat Menulis, kemudian klik Tunjukkan Alat Menulis.
Petua: Dalam sesetengah app—seperti Nota dan Mail—anda boleh membuka Alat Menulis dengan menahan penuding ke atas teks yang dipilih, kemudian mengklik , atau dengan mengklik dalam bar alat.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Tulis semula teks: Klik Tulis Semula.
Tulis semula teks dalam nada yang tertentu: Klik Mesra, Profesional atau Padat.
Tulis semula teks berdasarkan perihalan: Klik “Terangkan perubahan anda”, kemudian masukkan perihalan —sebagai contoh, “Jadikan sebagai sajak” atau “Jadikan lebih menarik”.
Versi teks anda yang ditulis semula kelihatan.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Cuba tulis semula sekali lagi: Klik .
Tukar antara versi dikemas kini dan asal teks anda: Klik .
Buat asal perubahan: Klik untuk menunjukkan perubahan sebelumnya.
Kembali ke versi teks anda yang belum diedit: Klik Tukar.
Apabila anda sudah selesai, klik Selesai.
Ringkaskan dan susun teks
Selepas menulis atau membaca teks, anda boleh menggunakan Apple Intelligence untuk menjanakan ringkasan. Anda juga boleh membentangkan ringkasan sebagai perkara utama berbulet, atau menjadikan teks asal disusun dalam senarai atau dalam jadual.
Pilih teks yang anda mahu perhaluskan, Control-klik teks dipilih, pilih Alat Menulis, kemudian klik Tunjukkan Alat Menulis.
Petua: Dalam sesetengah app—seperti Nota dan Mail—anda boleh membuka Alat Menulis dengan menahan penuding ke atas teks yang dipilih, kemudian mengklik , atau dengan mengklik dalam bar alat.
Untuk meringkaskan teks, lakukan mana-mana yang berikut:
Ringkaskan teks: Klik Ringkasan.
Ringkaskan perkara utama dalam teks: Klik Perkara Utama.
Susun teks asal dalam senarai: Klik Senarai.
Susun teks asal dalam jadual: Klik Jadual.
Versi teks anda yang ditulis semula kelihatan.
Selepas melihat ringkasan, lakukan mana-mana yang berikut:
Salin ringkasan: Klik Salin.
Gantikan teks asal dengan ringkasan: Klik Gantikan.
Nota: Gantikan tidak kelihatan jika teks asal tidak boleh diedit—contohnya, jika teks berada dalam halaman web.
Karang teks
Dalam macOS 15.2 atau lebih baharu, jika anda mengaktifkan sambungan ChatGPT**, anda boleh mengarang teks dengan Alat Menulis. Untuk bermula dengan ChatGPT, lihat Gunakan ChatGPT dengan Apple Intelligence.
Nota: Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 13 tahun atau umur minimum yang diperlukan di negara anda untuk diizinkan bagi menggunakan ChatGPT. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Syarat Penggunaan OpenAI.
Control-klik dokumen, pilih Alat Menulis, kemudian klik Tunjukkan Alat Menulis.
Petua: Dalam sesetengah app—seperti Nota dan Mail—anda boleh membuka Alat Menulis dengan menahan penuding ke atas teks yang dipilih, kemudian mengklik , atau dengan mengklik dalam bar alat.
Klik Karang.
Terangkan perkara yang anda mahu ChatGPT tulis—sebagai contoh, “Cerita dongeng tentang seorang budak perempuan yang melawat dunia ajaib dan berkawan dengan ulat bulu yang dalam perjalanan untuk bertukar menjadi rama-rama”—kemudian tekan Return.
Jika anda diminta untuk butiran lanjut, lakukan satu daripada berikut:
Tambah butiran lanjut: Klik medan, masukkan respons anda, kemudian klik Hantar.
Teruskan tanpa menambahkan butiran lanjut: Klik Abaikan.
Selepas melihat teks, lakukan mana-mana yang berikut:
Tulis semula teks: Klik .
Sepadukan cadangan oleh ChatGPT: Klik pilihan, kemudian klik Hantar.
Buat asal perubahan: Klik .
Tambah foto atau dokumen: Klik .
Apabila anda sudah selesai, klik Selesai.
Untuk menyekat akses ke sambungan ChatGPT, lihat Sekat akses kepada ChatGPT.