Tambah ahli keluarga ke kumpulan Perkongsian Keluarga pada Mac
Pengelola keluarga boleh menambah sehingga lima ahli kumpulan ke kumpulan Perkongsian Keluarga. Setiap ahli keluarga menyertai dengan Akaun Apple mereka sendiri, yang membenarkan semua orang untuk berkongsi langganan, pembelian dan lokasi sementara memastikan privasi akaun mereka sendiri dilindungi.
Pengelola, ibu bapa, atau penjaga boleh mencipta Akaun Apple untuk anak di bawah 13 tahun. (Umur berbeza mengikut negara atau rantau.)
Tambah ahli keluarga ke kumpulan Perkongsian Keluarga
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Keluarga dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat Keluarga, sediakan Perkongsian Keluarga.
Klik Tambah Ahli, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Jemput seseorang yang bersama anda pada masa ini: Klik Jemput Orang, pilih Jemput Sendiri, kemudian klik Teruskan. Minta mereka masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple mereka dan kata laluan mereka pada Mac anda.
Hantar jemputan: Klik Jemput Orang, kemudian pilih AirDrop, Mail, atau Mesej. Klik Teruskan, kemudian hantar jemputan.
Nota: Jika orang yang anda jemput tidak mempunyai Akaun Apple, mereka perlu mencipta satu sebelum mereka boleh menerima jemputan anda.
Cipta akaun untuk anak: Klik Cipta Akaun Anak, kemudian ikut arahan atas skrin. Lihat artikel Sokongan Apple Cipta Akaun Apple untuk anak anda.
Minta orang yang anda jemput untuk menerima jemputan.
Hantar semula atau batalkan jemputan
Jika orang yang anda tambah tidak menyertai kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menghantar semula jemputan untuk mencuba lagi atau membatalkannya supaya mereka tidak boleh menyertai lagi.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Keluarga dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat Keluarga, sediakan Perkongsian Keluarga.
Klik nama orang yang anda jemput, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Hantar semula jemputan: Klik Hantar Semula, kemudian pilih pilihan.
Batalkan jemputan: Klik Batalkan.
Selepas ahli keluarga anda menerima jemputan anda, Perkongsian Keluarga disediakan pada peranti semua orang secara automatik.
Ahli keluarga baharu boleh mengaktifkan Perkongsian Pembelian dalam seting Perkongsian Keluarga untuk membuatkan pembelian mereka tersedia kepada kumpulan keluarga. Lihat artikel Sokongan Apple Cara berkongsi app dan pembelian dengan keluarga anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggabungkan langganan Apple anda, lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.