Tambah ahli keluarga ke kumpulan Perkongsian Keluarga pada Mac
Pengelola keluarga boleh menambah sehingga lima ahli kumpulan ke kumpulan Perkongsian Keluarga. Setiap ahli keluarga menerima jemputan untuk menyertai kumpulan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Perkongsian Keluarga dalam bar sisi.
Klik butang Tambah , kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Jemput ahli keluarga: Klik Jemput Orang, kemudian ikut arahan atas skrin.
Jika orang yang anda jemput berdekatan, anda boleh memilih Jemput Sendiri dan minta mereka untuk memasukkan Apple ID dan kata laluan mereka pada Mac anda. Jika tidak, anda boleh menghantar jemputan menggunakan Mail, Mesej, atau AirDrop.
Jika orang yang anda jemput tidak mempunyai Apple ID, mereka perlu mencipta satu sebelum mereka boleh menerima jemputan anda.
Cipta Apple ID untuk kanak-kanak lebih muda: Klik Cipta Akaun Anak, kemudian ikut arahan atas skrin. Lihat artikel Sokongan Apple Cipta Apple ID untuk anak anda.
Pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga baharu tersedia untuk keluarga selepas ahli baharu mengesahkan Apple ID yang mereka gunakan untuk berkongsi pembelian iTunes Store, App Store dan Apple Books. Setiap ahli keluarga boleh melakukan ini dalam keutamaan Perkongsian Keluarga.
Petua: Sebagai pengelola keluarga, anda boleh menghantar semula e-mel jemputan kepada seseorang yang belum menerima jemputan lagi. Dalam keutamaan Perkongsian Keluarga, klik Keluarga, kemudian klik Hantar Semula Jemputan bersebelahan nama ahli keluarga.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggabungkan langganan Apple anda, lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.