![](https://help.apple.com/assets/605932B4A1B7A93F492858E8/605932C0A1B7A93F492858FF/ms_MY/d98ee7b840d456093f1016f78fda782a.png)
Tambah ahli keluarga ke kumpulan Perkongsian Keluarga pada Mac
Pengelola keluarga boleh menambah sehingga lima ahli keluarga. Setiap ahli keluarga baru menerima jemputan untuk menyertai keluarga.
Untuk mendapatkan maklumat tentang mengurus seting Perkongsian Keluarga menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Perkongsian Keluarga.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, klik Perkongsian Keluarga, kemudian pilih Keluarga dalam bar sisi.
Buka keutamaan Perkongsian Keluarga untuk saya
Klik butang Tambah
, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Jemput ahli keluarga: Klik Jemput Orang, kemudian ikut arahan atas skrin.
Jika orang yang anda jemput berdekatan, anda boleh memilih Jemput Sendiri dan minta mereka untuk memasukkan Apple ID dan kata laluan mereka pada Mac anda. Jika tidak, anda boleh menghantar jemputan menggunakan Mail, Mesej, atau AirDrop.
Jika orang yang anda jemput tidak mempunyai Apple ID, mereka perlu mencipta satu sebelum mereka boleh menerima jemputan anda.
Cipta Apple ID untuk kanak-kanak lebih muda: Klik Cipta Akaun Anak, kemudian ikut arahan atas skrin. Lihat artikel Sokongan Apple Perkongsian Keluarga dan Apple ID untuk anak anda.
Pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga baru tersedia untuk keluarga selepas ahli baru mengesahkan Apple ID yang mereka gunakan untuk berkongsi pembelian iTunes Store, App Store dan Apple Books. Setiap ahli keluarga boleh melakukan ini dalam keutamaan Perkongsian Keluarga.
Petua: Sebagai pengelola keluarga, anda boleh menghantar semula e-mel jemputan kepada seseorang yang belum menerima jemputan lagi. Dalam keutamaan Perkongsian Keluarga, klik Keluarga, kemudian klik Hantar Semula Jemputan bersebelahan nama ahli keluarga.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggabungkan langganan Apple anda, lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.