Gunakan Apple Intelligence untuk berkomunikasi dengan mudah pada Mac
Dengan Apple Intelligence, anda boleh berkomunikasi dan berkongsi maklumat dengan mudah—menetapkan nada yang tepat dan membaca pruf penulisan anda dengan Alat Menulis, lihat maklumat berkaitan daripada app anda semasa panggilan, terjemah merentas bahasa dan banyak lagi.
Nota: Apple Intelligence pada macOS 27 tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Had penggunaan mungkin dikenakan.*
Cari perkataan yang sesuai
Tukar cara anda berkomunikasi menggunakan Alat Menulis. Jana sesuatu yang baharu; dapatkan maklum balas pada draf; dan perbaiki perkara yang anda tulis dengan membaca pruf, meringkaskan atau melaraskan nada.
Untuk bermula, pilih teks yang anda mahu perhaluskan. Control-klik teks yang dipilih, kemudian pilih Tunjukkan Alat Menulis.
Gunakan Alat Menulis untuk menulis, meningkatkan dan meringkaskan kandungan
Terjemah merentas bahasa
Dengan Terjemahan Langsung, anda boleh menterjemah mesej secara automatik dalam app Mesej, memaparkan kapsyen yang diterjemahkan secara langsung dalam FaceTime dan mendapatkan terjemahan dituturkan untuk panggilan dalam app Telefon.
Untuk bermula, klik ikon kenalan atau kumpulan di bahagian atas perbualan dalam Mesej dan aktifkan Terjemah Automatik, atau klik Terjemah daripada [bahasa].
Lebih banyak ciri komunikasi
Terjemahan Langsung dengan AirPods Apabila seseorang berdekatan bercakap dengan anda dalam bahasa berbeza, anda boleh menggunakan Terjemahan Langsung dengan AirPods untuk mendengar perkara yang mereka sebutkan diterjemahkan kepada bahasa pilihan anda dalam masa nyata. Lihat Dengar terjemahan perbualan bersemuka dalam Panduan Pengguna AirPods. | Cipta respons pantas dalam Mail dan Mesej Balasan Pintar membantu anda mengarang respons pantas dalam Mail dan Mesej balasan e-mel pantas untuk memastikan semua e-mel dijawab. |
Dapatkan cadangan pengundian Apple Intelligence boleh mencadangkan undian apabila ia mengesan pilihan yang berbeza dalam perbualan. | Dapatkan maklumat berkaitan semasa panggilan Dengan Konteks Panggilan, anda boleh memaparkan maklumat berkaitan secara proaktif daripada app anda apabila anda memanggil perniagaan—seperti kod pengesahan daripada Mail apabila anda memanggil syarikat penerbangan. |