Daftar masuk ke keutamaan Apple ID anda pada Mac
Gunakan Apple ID anda untuk mendaftar masuk ke keutamaan Apple ID. Selepas anda mendaftar masuk, anda boleh menggunakan keutamaan Apple ID untuk menukar nama, foto, maklumat kenalan, seting kata laluan dan keselamatan serta maklumat bayaran dan penghantaran dan banyak lagi.
Jika anda tidak mempunyai akaun Apple ID dan mahu mencipta satu, lihat Cipta Apple ID pada Mac.
Apabila anda menjual atau memberikan Mac anda, daftar keluar daripada Apple ID anda untuk menghalang orang lain daripada menggunakan akaun yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Lihat artikel Sokongan Apple Perkara untuk dilakukan sebelum anda menjual, memberikan atau menukar beli Mac anda dan Jika anda mendaftar keluar daripada keutamaan Apple ID anda pada Mac.
Penting: Jika anda terlupa atau perlu mereset Apple ID atau kata laluan anda, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda terlupa Apple ID anda atau Jika anda terlupa kata laluan Apple ID anda.
Daftar masuk ke keutamaan Apple ID anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Daftar Masuk.
Masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian ikut arahan atas skrin.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar maklumat akaun Apple ID anda pada tapak web Apple ID, lihat halaman akaun Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting akaun Apple ID menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Uruskan seting Apple ID dan iCloud” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.
Daftar keluar daripada keutamaan Apple ID anda
Daftar keluar daripada akaun Apple ID anda untuk menghalang orang lain daripada mengakses maklumat akaun anda dan perkhidmatan Apple pada Mac anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mendaftar keluar daripada Apple ID anda, lihat Jika anda mendaftar keluar daripada keutamaan Apple ID anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, pilih Apple ID, kemudian pilih Gambaran Keseluruhan dalam bar sisi.
Klik Daftar Keluar.
Ikuti arahan atas skrin untuk menyalin dan memuat turun data anda yang disimpan dalam iCloud.