Apakah menu Status Bateri pada Mac?
Jika anda menggunakan Mac mudah alih, anda boleh melihat status bateri anda dengan cepat dan mengetahui jika app menggunakan jumlah tenaga yang banyak.
Jika anda tidak melihat ikon bateri dalam bar menu, anda perlu tunjukkan status bateri.
Untuk melihat menu Status Bateri, klik ikon bateri dalam bar menu. Untuk melihat keadaan bateri anda, tekan dan tahan kekunci Option dan klik ikon bateri dalam bar menu.
Baris pertama menu mengatakan “Bateri Telah Dicas” atau menunjukkan jumlah masa sehingga bateri penuh. Garis ini hanya muncul apabila Mac anda disambungkan ke bekalan kuasa.
Baris kedua menu menunjukkan sumber kuasa semasa.
Baris ketiga menu membekalkan maklumat tentang penggunaan tenaga. Sebagai contoh, jika app menggunakan banyak tenaga, ia mengatakan “Menggunakan Banyak Tenaga” dan menyenaraikan app. Jika app menggunakan banyak bateri, tetapi anda tidak menggunakannya, pertimbangkan menutup app tersebut, terutamanya jika sumber kuasa semasa anda adalah bateri Mac anda.
Pada sesetengah komputer mudah alih yang lebih baru, anda lihat Kecerahan Paparan dalam menu apabila kecerahan paparan disetkan pada aras menggunakan jumlah tenaga yang ketara. Jika anda mengkliknya, kecerahan paparan dikurangkan ke anggaran 75 peratus, yang membantu mengoptimumkan penggunaan bateri.