Gunakan iPad anda sebagai paparan kedua untuk Mac anda
Dengan Sidecar, anda boleh menggunakan iPad anda dalam orientasi landskap sebagai paparan kedua untuk Mac anda. Seperti mana-mana paparan kedua, anda boleh mengembangkan desktop anda dengan menunjukkan app dan tetingkap berlainan pada iPad anda, atau menjadikannya menunjukkan perkara yang sama yang anda lihat pada Mac anda.
Nota: Sidecar ialah ciri Kesinambungan. Untuk menggunakan ciri Kesinambungan, peranti anda mesti mempunyai Wi-Fi dan Bluetooth diaktifkan dan memenuhi keperluan sistem. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Kesinambungan pada Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch.
Setkan pilihan Sidecar
Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada Mac dan iPad anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Sidecar.
Setkan pilihan untuk menunjukkan bar sisi dan Touch Bar pada iPad dan untuk menggunakan Apple Pencil.
Jika anda belum disambungkan ke iPad anda, klik menu timbul “Sambung ke”, kemudian pilih iPad anda.
Anda juga boleh bersambung daripada menu AirPlay dalam bar menu atau, dalam keutamaan Paparan, daripada menu timbul paparan Airplay.
Anda tidak perlu untuk menyambungkan iPad anda ke Mac anda dengan kabel untuk menggunakan Sidecar.
Gunakan Sidecar
Jika anda belum bersambung ke iPad anda, klik menu Airplay dalam bar menu pada Mac anda, kemudian pilih iPad anda.
Menu Sidecar kelihatan dalam bar menu. Anda boleh menukar cara anda bekerja dengan iPad daripada menu Sidecar pada bila-bila masa dengan mudah. Sebagai contoh, tukar antara menggunakan iPad sebagai paparan dicerminkan atau berasingan, atau tunjukkan atau sembunyikan bar sisi atau Touch Bar pada iPad.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Alihkan tetingkap daripada Mac ke iPad: Seret tetingkap ke hujung skrin sehingga penuding muncul pada iPad anda. Atau semasa menggunakan app, pilih Tetingkap > Alihkan Tetingkap ke iPad.
Alihkan tetingkap daripada Mac ke iPad: Seret tetingkap ke hujung skrin sehingga penuding muncul pada Mac anda. Atau semasa menggunakan app, pilih Tetingkap > Alihkan Tetingkap Kembali ke Mac.
Gunakan bar sisi pada iPad: Dengan jari anda atau Apple Pencil, ketik ikon dalam bar sisi untuk menunjukkan atau menyembunyikan bar menu , Dock , atau papan kekunci . Atau ketik satu atau lebih kekunci pengubah suai, seperti Ctrl , untuk menggunakan pintasan papan kekunci.
Gunakan Touch Bar pada iPad: Dengan jari anda atau Apple Pencil, ketik sebarang butang dalam Touch Bar. Butang yang tersedia berbeza bergantung pada app atau tugas.
Gunakan Apple Pencil pada iPad: Dengan Apple Pencil anda, ketik untuk memilih item seperti perintah menu, kotak semak, atau fail. Jika Apple Pencil anda menyokongnya (dan anda setkan pilihan dalam keutamaan Sidecar), anda boleh dwiketik bahagian lebih bawah Apple Pencil anda untuk menukar alat melukis dalam sesetengah app. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Apple Pencil dengan iPad atau iPad Pro anda.
Gunakan gerak isyarat pada iPad: Gunakan gerak isyarat asas, seperti ketik, leret, skrol dan zum, serta gerak isyarat untuk memasukkan dan mengedit teks. Lihat Panduan Pengguna iPad.
Tukar antara desktop Mac dan iPad pada iPad: Leret ke atas daripada pinggir bawah iPad anda dengan satu jari untuk menunjukkan skrin Utama iPad. Untuk menunjukkan Dock iPad, leret ke atas dan jeda. Untuk menunjukkan Penukar App iPad, leret ke atas dan jeda di bahagian tengah skrin. Untuk kembali ke desktop Mac, leret ke atas, kemudian ketik ikon Sidecar .
Apabila anda sedia untuk berhenti menggunakan iPad anda, klik ikon Putuskan Sambungan di bahagian bawah bar sisi pada iPad.
Anda juga boleh memutuskan sambungan daripada menu Sidecar dalam bar menu atau dalam keutamaan sistem Sidecar atau Paparan.