
Gunakan Touch Bar pada Mac
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh menggunakan gerak isyarat biasa—seperti ketik, leret, atau luncur—terus pada Touch Bar untuk melaraskan seting, menggunakan Siri, mengakses kekunci fungsi dan melakukan tugas dalam app berlainan.

Control Strip
Control Strip, terletak di penghujung kanan Touch Bar, membolehkan anda meminta Siri atau melaraskan seting biasa dengan mudah—hanya ketik butang atau, untuk seting seperti kecerahan dan kelantangan, leret ke kiri atau ke kanan pada butang dengan cepat. Anda juga boleh mengembangkan Control Strip untuk mengakses lebih banyak butang.

Kembangkan Control Strip: Ketik
, atau tekan dan tahan kekunci Fn pada papan kekunci (jika anda mengesetkan kekunci itu untuk menunjukkan atau mengembangkan Control Strip dalam keutamaan Papan Kekunci).Gunakan butang Control Strip: Ketik butang untuk melaraskan seting, gunakan Mission Control atau Launchpad, atau kawal main balik video atau muzik. Untuk sesetengah seting—seperti kecerahan paparan—anda boleh sentuh dan tahan butang untuk menukar seting.

Runtuhkan Control Strip: Ketik
.
Butang app
Butang lain dalam Touch Bar berbeza bergantung pada app anda gunakan atau tugas anda sedang lakukan. Setiap app adalah berlainan—cuba Touch Bar untuk melihat perkara yang anda boleh lakukan.
Contohnya, inilah butang yang tersedia untuk diketik dalam Touch Bar apabila anda memilih fail dalam Finder:

Serta inilah butang apabila anda melihat gambar dalam app Foto:

Anda boleh menggunakan Touch Bar untuk menambah emoji ke teks anda dengan cepat dalam sesetengah app. Hanya ketik
, leret untuk skrol menerusi emoji (disusun mengikut kategori, seperti Kerap Digunakan atau Senyuman & Orang), kemudian ketik yang anda mahu gunakan.
Petua: Dalam sesetengah app, anda boleh menyesuaikan Touch Bar bagi menambah butang untuk tugasan yang paling kerap anda lakukan.
Cadangan menaip
Apabila anda menaip teks pada Mac anda, Touch Bar boleh menunjukkan perkataan atau frasa yang anda mungkin mahu gunakan (dipanggil cadangan menaip), untuk membantu anda menjimatkan masa.
Tunjukkan cadangan menaip: Ketik
.
Gunakan cadangan menaip: Ketik perkataan, frasa, atau emoji. Pembetulan ejaan ditunjukkan dalam warna biru.

Sembunyikan cadangan menaip: Ketik
dalam Touch Bar.
Jika anda tidak nampak
dalam Touch Bar, pilih Paparan > Sesuaikan Touch Bar, kemudian pilih “Tunjukkan cadangan menaip.” Atau pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, klik Teks, kemudian pilih “Cadangan menaip Touch Bar.”
Warna
Dalam app yang anda boleh tukar warna teks atau objek, anda boleh menggunakan Touch Bar untuk memilih warna, rona warna atau mod (seperti RGB atau HSB).

Pilih warna: Sentuh dan tahan
, kemudian luncurkan jari anda ke warna.
Pilih teduh: Ketik
, sentuh dan tahan warna, kemudian luncurkan jari anda ke teduh.Pilih mod atau warna tersuai: Ketik
, ketik senarai warna di sebelah kiri, kemudian ketik mod warna, seperti RGB. Untuk menggunakan warna tersuai yang anda simpan, ketik Perca.
Gunakan gelangsar untuk mod untuk menukar nilai, seperti rona dan ketepuan. Untuk menyimpan perubahan ke Perca, ketik warna (a + muncul), kemudian ketiknya lagi (tanda semak muncul).

Sembunyikan warna atau nilai warna: Ketik
dalam Touch Bar.
Kekunci Fungsi
Kebanyakan pintasan papan kekunci macOS menggunakan kekunci fungsi (F1 hingga F12). Sebagai contoh, anda boleh menggunakan F11 untuk menunjukkan desktop.
Tekan dan tahan kekunci Fn pada papan kekunci untuk menunjukkan kekunci fungsi dalam Touch Bar.
Pastikan anda menyesuaikan Touch Bar dalam keutamaan Papan Kekunci supaya kekunci Fn menunjukkan kekunci fungsi.

Ketik kekunci fungsi.
Jika pintasan papan kekunci termasuk pengubah suai, seperti Option atau Command, tekan dan tahan kekunci Fn dengan kekunci pengubah suai. Sebagai contoh, untuk menggunakan Control-F3 untuk beralih ke Dock, tekan dan tahan kekunci Fn dan Control bersama, kemudian ketik F3 dalam Touch Bar.
Lihat artikel Sokongan Apple Cara untuk menggunakan kekunci fungsi pada MacBook Pro dengan Touch Bar.