Setkan masa tidur dan bangun untuk Mac anda
Anda boleh setkan Mac anda tidur selepas tempoh ketidakaktifan tertentu. Anda juga boleh setkan Mac anda tidur dan bangun pada masa tertentu.
Tentukan seting tidur dan bangun untuk desktop Mac
Nota: Sesetengah daripada pilihan mungkin tidak tersedia, bergantung pada Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Penjimat Kuasa.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Setkan jumlah masa komputer atau paparan anda harus tunggu sebelum tidur: Seret gelangsar "Komputer tidur" dan "Paparan tidur" atau gelangsar "Nyahaktifkan paparan selepas".
Elakkan Mac anda dari tidur secara automatik: Pilih “Mencegah komputer daripada tidur secara automatik apabila paparan dinyahaktifkan.”
Tidurkan cakera keras: Pilih "Tidurkan cakera keras apabila boleh”.
Aktifkan Mac anda apabila kuasa tersedia: Pilih "Mulakan secara automatik selepas bekalan kuasa terputus."
Benarkan Mac anda untuk bangun sebentar supaya pengguna boleh mengakses perkhidmatan yang dikongsi (jika perlu): Pilih sebarang pilihan "Bangun untuk…” yang tersedia, sebagai contoh, “Bangun untuk akses rangkaian.”
Tentukan seting tidur dan bangun untuk Mac mudah alih
Nota: Sesetengah daripada pilihan mungkin tidak tersedia, bergantung pada Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Penjimat Kuasa.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tukar antara mod grafik: Pilih "Penukaran grafik secara automatik" untuk bertukar antara mod grafik secara automatik untuk hayat bateri yang lebih baik.
Setkan masa tidur apabila anda menggunakan bateri komputer mudah alih anda: Klik Bateri, kemudian seret gelangsar "Komputer tidur" dan "Paparan tidur" atau gelangsar "Nyahaktifkan paparan selepas".
Setkan masa tidur apabila anda menggunakan penyesuai kuasa komputer mudah alih anda: Klik Penyesuai Kuasa, kemudian seret gelangsar "Komputer tidur" dan "Paparan tidur" atau gelangsar "Nyahaktifkan paparan selepas".
Elakkan Mac anda dari tidur secara automatik: Pilih "Mencegah komputer daripada tidur secara automatik apabila paparan dinyahaktifkan" dalam anak tetingkap Penyesuai Kuasa.
Tidurkan cakera keras: Pilih pilihan "Jadikan cakera keras tidur apabila boleh" dalam anak tetingkap Bateri atau Penyesuai Kuasa.
Buatkan paparan anda dimalapkan semasa menggunakan bateri anda: Klik Bateri kemudian pilih "Memalapkan paparan sedikit apabila menggunakan kuasa bateri".
Kemas kini sistem anda semasa ia tidur: Pilih “Dayakan Power Nap semasa menggunakan kuasa bateri” dalam anak tetingkap Bateri dan “Dayakan Power Nap semasa penyesuai kuasa disambungkan” dalam anak tetingkap Penyesuai Kuasa.
Lihat Apakah Power Nap pada Mac?.
Benarkan Mac anda untuk bangun sebentar supaya pengguna boleh mengakses perkhidmatan yang dikongsi (jika perlu): Pilih sebarang pilihan “Bangun untuk…” yang tersedia dalam anak tetingkap Penyesuai Kuasa, contohnya, “Bangun untuk akses rangkaian.”
Anda juga boleh menjadualkan masa untuk Mac anda bermula, tutup, atau masuk tidur.