Setkan seting tidur dan bangun untuk Mac anda
Anda boleh setkan Mac anda tidur selepas tempoh ketidakaktifan tertentu. Anda juga boleh setkan Mac anda tidur dan bangun pada masa tertentu.
Nota: Sesetengah daripada pilihan mungkin tidak tersedia, bergantung pada Mac anda.
Tentukan seting tidur dan bangun untuk komputer buku Mac
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Bateri .
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Setkan Mac anda tidur dan bangun pada masa tertentu: Klik Jadual, kemudian pilih pilihan yang anda mahu gunakan.
Lihat Jadualkan komputer buku Mac anda untuk hidup atau mati.
Setkan jumlah masa komputer anda harus menunggu sebelum tidur semasa pada kuasa bateri: Klik Bateri, kemudian seret gelangsar “Matikan paparan selepas”.
Setkan jumlah masa komputer anda harus menunggu sebelum tidur semasa disambungkan ke penyesuai kuasa: Klik Penyesuai Kuasa, kemudian seret gelangsar “Matikan paparan selepas”.
Elakkan Mac anda dari tidur secara automatik: Klik Penyesuai Kuasa, kemudian pilih “Elakkan Mac anda daripada tidur secara automatik apabila paparan tidak aktif”.
Tidurkan cakera keras: Klik Bateri atau Penyesuai Kuasa, kemudian pilih “Biarkan cakera keras tidur bila boleh”.
Buatkan paparan anda dimalapkan semasa menggunakan bateri anda: Klik Bateri kemudian pilih "Memalapkan paparan sedikit apabila menggunakan kuasa bateri".
Kemas kini sistem anda semasa ia tidur: Klik Bateri, kemudian pilih “Dayakan Power Nap semasa menggunakan kuasa bateri”. Klik Penyesuai Kuasa, kemudian pilih “Dayakan Power Nap semasa penyesuai kuasa disambungkan”.
Lihat Apakah Power Nap?
Benarkan Mac anda untuk bangun sebentar supaya pengguna boleh mengakses perkhidmatan yang dikongsi (jika perlu): Klik Penyesuai Kuasa, kemudian pilih sebarang pilihan “Bangun untuk” yang tersedia, seperti “Bangun untuk akses rangkaian”.
Tentukan seting tidur dan bangun untuk komputer desktop Mac
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Penjimat Kuasa .
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Setkan Mac anda tidur dan bangun pada masa tertentu: Klik Jadual, kemudian pilih pilihan yang anda mahu gunakan.
Lihat Jadualkan komputer desktop Mac anda untuk hidup atau mati.
Setkan jumlah masa komputer atau paparan anda harus tunggu sebelum tidur: Seret gelangsar “Matikan paparan selepas”.
Elakkan Mac anda dari tidur secara automatik: Pilih “Halang Mac anda daripada tidur secara automatik apabila paparan dinyahaktifkan”.
Tidurkan cakera keras: Pilih "Tidurkan cakera keras apabila boleh”.
Aktifkan Mac anda apabila kuasa tersedia: Pilih "Mulakan secara automatik selepas bekalan kuasa terputus."
Kemas kini sistem anda semasa ia tidur: Pilih “Dayakan Power Nap.”
Lihat Apakah Power Nap?
Benarkan Mac anda untuk bangun sebentar supaya pengguna boleh mengakses perkhidmatan yang dikongsi (jika perlu): Pilih sebarang pilihan “Bangun untuk” yang tersedia, seperti “Bangun untuk akses rangkaian”.